Friday, May 6, 2011

Tadaima!! Saya dah pulang!

Alhamdulillah sudah kembali semula ke Jepun pada 1 Mei yang lalu. Kehidupan di sini harus diteruskan hingga la cukup tempohnya. Alhamdulillah buat masa ni keadaan di sini dah kembali stabil. Barang2 keperluan semua nampaknya mencukupi dan kehidupan berjalan seperti biasa. Cuma ada sedikit peningkatan harga barangan terutama minyak petrol. Telor dan susu pun nampak makin mahal. Tahap radiasi tempat kami masih rendah walaupun berjiran dengan Fukushima. Cuma kami dinasihatkan tidak terlalu lama terdedah pada udara luar terutama ada baby ni.
Hari ni merupakan hari pertama Batrisya masuk ke sekolah rendah, terlewat hampir 2 minggu dari pelajar lain. Batrisya ke sekolah berjalan kaki bersama pelajar lain yang tinggal berdekatan. Keluar rumah jam 7.50 pagi. Haziq pun mula bersekolah pada hari ini. Sesi persekolahan baru dah bermula sejak 18 April yang lalu. Lewat lebih 2 minggu jugak, kebetulan Jepun pun dah mula cuti Golden Week bermula 29 April - 5 mei (semalam). Jadi hari ni Jepun dah mula bekerja seperti biasa.
Saya pun akan bermula tugas2 sebagai surirumah sepenuh masa setelah berehat lebih sebulan di Malaysia. hehe.. lama bercuti ni. Selalunya pagi2 breakfast dah disediakan dan makanan selalu je ada. Balik sini tiap hari kene fikir nak masak apa. hihi... jumpa lagi!

*Masih sempat tengok sakura. Minggu ni pokok sakura dah keluar daun dan bunga dah habis berguguran..

14 comments:

Kamalia said...

kak As..rindunya...nnt free,sy call akk ek..ni twin dah g hoikuen..tinggal la sensorg kat umah..muahahaha..

Asmara said...

Kam!! rindu jugak nih! lama tak sembang2. hehe.. wah best la tu dpt tenangkan fikiran selama beberapa jam seblum askar2 balik. hahha..

Idayu said...

as mmg btol, bila blk sni bermulalah kembali tugas2 surirmn huhuhu

dada pon start lambat ichi nen sei, kesian kat dia.dah la sotsuenshiki n nyuugakushiki dia x dpt join...kesian sgt2. nasib baiklah dia ok n still excited lg..

nur easy said...

welcome back..;)

Hanis MY said...

kak assss...lama tak berhubung,... rinduuuu...alhamdulillah kat sana ok, sendai pun cenggitu la jugak... take care kak as...

Nieda said...

LAma cuti... Skrg kena selalu fikir nak masak apa pulakkan.

Umie said...

kak as okaeri.. sib baik masih sempat tgk sakura.. kalau akak kat area kitorang nie mmg dapat tgk daun hijau jela..hehehe

Asmara said...

K Ayu, sama la Batrisya. Baju semua dah ada untuk nyugakushiki, sian tak dapat nak join. huhu.. ni tadi dah balik sekolah nampak happy je. kawan2 shogakko dia pun ada dari yochien yg sama.

Nureasy, hehe.. tq.

Asmara said...

Hanis! rindu jugak kat Hanis! teringin gak nak ke sendai meninjau keadaan. ececeh.. mesti dah berubah byk. sedih la pulak nnti ye. hehe..

Nieda, hihi.. tu la. hari2 kene masak ni.

Umie! tu la sib baik dapat gak tengok sisa2 sakura. seminggu je betahan bunga sakura nih. hihi..

Juwita Jamaludin said...

Okaeri As.. Tu la lama duk msia jangannkena " penyakit rumah dah :)..

anie,Nagoya said...

selamat pulang.pas ni kita leh smbung main pondok2....brg mahal le.kene wat barget dapur ni...telur pun mahal

anie,Nagoya said...

selamat hari ibu

~ yus ~ said...

Dah sampai jepun semula ya As...

cantik sakura, rindu nak tengok..:)

Asmara said...

Ita, rindu msia. lebih2 kat family, nasib baik bz ngan anak2 skrg. hehe..

K Ani, tu la kene control gak nih. tarif letrik pun dah naik. supa pun byk save letrik.

K Yus, selamat dah kak. kan! sib baik sempat gak tengok yang last2.