Alhamdulillah masih dapat berhanami pada tahun ni. Kami berhanami pada Sabtu yang lepas. Cuaca waktu tu sangat nyaman, nasib baik tak hujan, suhu di sini masih dalam lingkungan 10C hingga 18C. Minggu depan dijangka meningkat hingga 22C. Masih ada saki baki sakura yang mengembang waktu tu, tapi hari ni dah menghijau pokoknya.
Acara seperti biasa berbbq bersama adik2 yang ada. Tahun ni masih ada kedatangan pelajar baru seramai 5 orang. Tapi semua lelaki. 3 tahun berturut2 yang datang adalah semua lelaki, maka kepupusan perempuan kat sini. Berbaki 4 orang je perempuan.
Menu haritu meehoon goreng singapore, ayam, daging lembu dan kambing bakar. Mama sempat buat kek lapis kukus velvet dan puding roti marble. Menu sampingan lain samosa dan puding gula hangus. Bila kekurangan wanita dan keluarga, maka menu pun kurang pelbagai. hehe..
Daging yang sedang dibakar. Sedap betul pandai adik2 lelaki ni buat ramuan.
Batrisya seperti biasa geng dengan Haziq je la.
Oh si comel ni dah pandai bermain badminton.
Mula2 mama dah larang tak boleh main air. Sekejap je, habis basah semua, tak boleh duduk diam la budak2 nih.
Main baling2 batu lak. Sungai yang sejuk. Tapi best sangat tempat nih. Dikelilingi gunung dan bukit. InsyaAllah selamat dari radiasi.
Haqem yang exited dengan sakura.
Dia makan bunga nih. hehe..
Saki baki salji yang ada, menghampiri musim panas. Pasti akan merindui sakura selepas ni. Sakura hanya ada setahun sekali dan hidupnya pun seminggu sebelum hilang diterbang angin. Waktu berguguran tu seperti salji dan sangat cantik. :)
4 comments:
besar2 nampaknya sakura kat sana.. ;)
As.. Lawa gambar2nya Dslr baru yek.. Hihihi.. Jenis apa yek... Nasib sempat berhanami..:) Bila2 dtg yokohama dtg la rumah
sib baik sempat berhanami, sbb area ats lmbt sket kan.
as blk berapa lama arituh? ingtkn as x blk..
Nureasy, dah terlebih mangkai nih. hihi..
Ita, huhu.. lama dah tapi bukan lense mahal. yang basic je nih. eh awak bila nak dtg sini. boleh test drive ... tu. hehe..
Post a Comment