Monday, April 4, 2011

Kehidupan yang sangat sibuk di Malaysia

Alhamdulillah dah 2 minggu berada di Malaysia. Sejak tiba tempohari banyak sungguh aktiviti yang dibuat. Minggu pertama berada di Muar Johor rumah keluarga. Sempat buat 2 kali kenduri doa selamat. Kali pertama buat kenduri di masjid dan surau dan kali kedua buat di rumah. Sesungguhnya Malaysia adalah syurga makanan. Nak makan apa semua ada.
Minggu kedua balik kampung mertua di Pahang. Buat masa ini kami masih berada di Pahang. Aktiviti kenduri dan melawat saudara mara. hehe.. gitulah kalau balik kampung. Rumah saudara mara memang ramai, Wan dan Aki belah mak dan abah pun masih hidup lagi walaupun usia hampir seabad. Alhamdulillah, badan pun masih sihat kecuali Aki sebelah mak dah tak boleh jalan sangat.
Minggu lepas kami sempat juga berehat2 di Legend Cherating selama 3 hari. Bawak budak2 mandi kolam dan laut. Haqem balik Msia terus naik ruam dan gatal2 badan. Bawak berendam air laut masin. Selain disapu cream yg diberi oleh klinik kerajaan, pengalaman sedikit tak best ketika ke klinik kerajaan. Servis yang sangat lambat. huhu.. menunggu tak kisah kalau doktor tu banyak keje tapi pada petang tu hanya kami dan seorang pesakit je yang menunggu, doktor boleh rehat2 dulu tengok tak ramai pesakit, hampir sejam lebih menuggu. Agak sakit hati jugak le. padahal nak amik cream sapu je. Sebelum tu dah kene soal siasat oleh nurse dan medical assistant. benda dah ada bagi je la. huhu.. tu pun saje nak soh kami tunggu lelama. pastu jumpa doktor cuma nak luluskan cream tu je. adoii.. lenkali pegi klinik bayo je la. hehe..
Lagi satu paling takut dengan pemanduan orang Msia nih. huhu.. dah bertahun tak memandu, jadi co driver pun kejap2 berderau darah tengok motor cilok sana sini. Adoi.. camne la nak memandu nih. Dengan x diberi signal, pandu laju, motor cilok sana sini. Takut le nak start balik bawak kete nih lagi2 kat tengah bandar.
Kesihatan kami sejak balik ni naik turun je. Batrisya dan Haqem awal2 dah demam, Mama pun sempat demam 2 hari. Perubahan drastik cuaca, dari tempat suhu -4C tiba2 dalam tempoh 24jam terus suhu menjadi 34C. huhu.. terkejut suhu badan. Nasib baik Msia panas lembap ada hujan dan panas. Haziq nampak kuat sikit, maklum la dia memang pure malaysia hehe.. tak macam Batrisya dan Haqem budak 2 orang ni lahir oversea balik sini menggelupur kepanasan. Haqem sama kes Batrisya masa kecik2 dulu balik dari UK terus naik ruam panas. Papa pun nampak sihat. Tapi.... dah 2 minggu ni perut kami berdua menggelodak je. haha..perut tiba2 diterjah dengan macam2 makanan yang jarang jumpa. Kami jarang makan sambal, ini tiap2 hari dihidang dengan pelbagai jenis sambal dan macam2 makanan. Terkejut2 perut. huhu... Paling best duduk sana sini mama mmg gantung periuk la. Takat tolong sikit2 je. hehe.. semua orang yg masak. Lagi2 masakan mak dan mak mertua. Selain makan fast food yang lama sangat tak makan. Ntah berapa kilo la lagi lemak ni membukit.
Banyak cerita, gambar pun ada ambil tapi tak berkesempatan je nak mengupload, kejap duk sana sini, berjalan sana sini. Nanti2 la bila berkesempatan boleh share gambar. Tak boleh duk lama depan lptp bebudak ni mengacau je. huhu..
Ada kesempatan sambung lagi.. :)

11 comments:

yatie chomeyl said...

mmg setiap kali balik Msia, agak fobia nk driving kan uhuhuh

nur easy said...

ada bezanya sana n sini kan..;)

pooja said...

amboi.. sronoknye jalan2 cari makan k as...k as kt msia sampai bile?

Bibu said...

itulah mesia.tapi tetap ku cinta walaupun byk samseng yg tak de otak.lagi2 kat jln raya.

serius..nak sediakan telur tembelang yg busuk tu.nak je baling pada pemandu yg kurang ajar.

bab hosp tu...yg sakit boleh terus sediakan keranda sbb lama sgt nak menanti.geramkan???

Unknown said...

As, singgah Senggarang lah...:)

freewriting said...

Salam kak...dah balik malaysia ye..selamat kembali ke negara tercinta...hehehee...

fazian.batrisyia said...

Berapa lama balik mesia? Anak2 & hb ni kira cuti ye? Teringin nak jumpa...rindu la.

aida said...

malaysia tanah air ku..
syurga makanan yg sedap22~

Asmara said...

Yatie, haah betul tu. Lagi2 kat bandar tu adoii.. sabo je la.

Nureasy, tu la beza sangat la kan. :)

Pooja! mekasih dtg airport haritu. :)

Asmara said...

K Anie, hahaha.. betul tu geram je suka betul nak cilok. paling nyamph kalo pakai kete mahal kemain eksyen lagikan. hihi..

K Yus, huhu.. x sempat nak bejalan ke bp sana.

Nana, terima kasih. :)

Asmara said...

Yan, langsung tak sempat nak menjengah ke sana. :)

Nina, hehe.. tempat untuk membesarkan badan. :D