Mikan (limau) dibuat lassi. Memang sedap sangat nih. Bila ada yogurt hampir nak expired selalu je buat lassi ni. Buahnya ikut apa yang ada. Mikan ni guna yang dalam tin, stok buah2an tin ni mmg sentiasa ada. Tapi biasanya suka buat strawberry tapi fresh strawbery xde plak. Kalau pergi kedai arab atau belah2 timur sana tu mesti ada menu lassi. Batrisya dengan mama yang suka minum. Papa kurang sikit. :)
Minum segelas pun dah cukup kenyang. hehe..
Bahan-bahan,
- 1 tin buah limau
- 2 sudu gula (ikut kemanisan masing2)
- 3/4 cawan yogurt
- 1 cawan fresh milk sejuk
Cara-cara,
- Blendkan semua bahan termasuk air gula dalam tin
- Sedia diminum. (Nak letak ais pun boleh)
2 comments:
wah sejuk2 camni akak layan lassi ye..hihi
umie, kita minum depan heater. ekeke.. tp layan gak la. yogurt dah nak abis riwayat tu yg buat. hehe..
Post a Comment