Maksud tajuk tu 'Terima kasih Cikgu' (Sensei Arigatou Gozaimasu). Projek kreatif papa dan Batrisya untuk fail sekolah. Sempena Batrisya akan meninggalkan sekolah tadika, ibu bapa bagi idea untuk buat satu fail khas untuk disimpan di sekolah. Act. sekolah pun ada satu fail rekod murid2 tapi ini cadangan supaya diletakkan gambar dan apa2 hasil kreativiti yang boleh ditampal di fail berkenaan.
Yoko sensei arigatou. (Terima kasih cikgu Yoko). Yoko sensei ni guru kelas Batrisya (Bara 2). Sebelah warna biru tu Mika sensei, sensei tahun sebelumnya. Sempat belajar dengan 2 sensei je. :)
Ucapan terima kasih kepada sensei yang telah mengajar Batrisya selama 2 tahun. Tak akan lupa Kashinomi Yochien dan akan sentiasa berusaha untuk lebih berjaya.
Batrisya buat origami dan tampal di bahagian belakang fail. Macam2 bentuk origami dibuat tapi tak muat nak letak. Idea papa buat macam ni. hehe..
Bahagian hadapan. Nama dan gambar2 Batrisya dari awal masuk Kashinomi Yochien hingga terkini. Sekejap je mama rasa dah 2 tahun Batrisya bersekolah di Jepun. Kalau tak ada gambar memang tak perasan budak2 ni membesar. Tengok balik gambar2 lama terasa cepatnya masa ni berlalu. hehe.. Semoga Batrisya menjadi anak yang berguna dan berjaya di masa hadapan. InsyaAllah.. Amin..
10 comments:
Batrisya yg sangat comel! Kim salam pada Batrisya..nanti hanis email gambar2 tu ye... Terima kasih banyak2 buat Kak As dan family. memang dapat layanan first class.. gambar makanan tak sempat ambil, (nape ntah masa tu malu2 kerbau ehehe).. anak2 kak as comel2 dan baik2 belaka.. geram nak cubit pipi Haqem... teringat lagi gelagat Haziq yang aktif tu...
wah..rajinnya :-) rasa mcm tersilap eja kot gozaimasu tu.patutnya ございます tertukar ぎdgn ご kan :-)
da besor anak dara ko ye! Bila ko balik mesia ek?
Hanis!! tq2 sudi mencemar duli ke teratak kami. hehe.. nnti dtg lagi tau. best dpt jumpa hanis!. :D
Ida, ahaha.. dah betulkan. TQ2. eh napa komen ida masuk spam, nasib baik perasan tadi, selalunya kalo spam tu terus delete. hihi..
Yan, taun depan, tak lama je lagi nih. hehe..
kak as, saya pun baru jap td tgk gambo muaz yg baru keluar dr labour room..terus feeling2 sedih..rasa mcm baru aje beranakkan dia padahal 8 bulan sudah berlalu..;-)
bestnye akak dah nak balik mesia next year..
Dah besar anak dara mama ye. Moga Batrisya akan terus cemerlang in future.
kawaii..dah 2tahun ye die skolah kat sini..mmg best sgtkan tuk ank2 kita..sensei sume baik2 dan xgarang pun..
p/s:akak pindah kaikan bile?
mesti batrisya dah cekap nihonggo ni ;)
umie, naluri mak2 mmg gitu. hehe.. feeling dia lain macam.
Unaizah, InsyaAllah. terima kasih auntie. :D
Kamalia, tu la sensei yang baik sangat tu yg best. harap2 cikgu kat mesia dpt la baik2 mcm ni. (agak2 ada x. harapan je la ek.. ) ekeke..
Nureasy, hihi.. kat rumah cakap melayu pun dah tonggang tebalik. dok campur ngan nihonggo. tapi lebih nihonggo dr melayu dia nih. huhu..
heeeeee...terasa sedyh gak bila nak tglkan zaman persekolahan.....sgt kiut kan owg jepun dye seragamkan baju~
Post a Comment