Friday, January 21, 2011

Kuih Bakar Labu

Lama pulak tak letak gambo makanan. ehek.. resepi untuk rujukan akan datang nnti. Beli buah labu sebijik, setengah biji buat masak lemak setengah biji lagi buat kuih bakar ni. Purata berat labu sini sebijik tu dalam sekilo gak la. Gambo main snap je, sejuk2 ni maleh betul nak pegang camera, siap masak je terus makan, takdan nak amik2 gambo dah. hehe... Kuih ni pun panas2 lagi dah kene potong, budak dengan mak budak tak sabo nak makan. Tapi sebab ni pertama kali buat kene entry la jugak. ehehe...
Resepi amik kat blog matgebu. Memang sedap la, kalau nak potongan tu cantik tunggu la dia sejuk dulu baru la kemas dan cantik di potong. :p Terima kasih cikmat atas resepi yang mudah dan sedap nih.


BAHAN-BAHANNYA.
5 biji telur
500 ml santan (atau 200 ml santan kotak + 300 ml air)
200 g tepung gandum
180 g gula halus (nak manis boleh tambah sikit lagi)
1/2 camca teh garam
1 camca teh esen vanilla
450 g labu manis, kukus hingga lembut dan lecek hingga halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser tin berukuran (8 x 8 x 3 ) inci dengan mentega, alas dasar tin dengan aluminium foil, lenser juga permukaan aluminium foil tadi (kalau nak kuih kelihatan tinggi, boleh guna tin (7 x7 x 3) inci. Ketepikan...
  2. Satukan bahan2 diatas kecuali labu lecek, dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu. Tapis adunan tadi dan masukkan labu lecek, kacau hingga rata.
  3. Tuang dalam tin yang telah disiapkan tadi. Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
  4. Keluarkan dari oven setelah kuih masak. Biar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin. Potong ikut kreativiti masing2 dan hidangkan.

4 comments:

♥ manje ♥ said...

salam

rajinnya masak kuih...
erk kat sini selalu labu tu
dibuat cekodok (jemput2)aje ~

Lady Lavender said...

sedaapp..saya pun suka segala jenis yg berlabu ni..:-)

anie,Nagoya said...

penh buat sekali.tak guna santan kelapa.kkanie guna "namakrim".lemak sgt.sedap lagi guna santan kelapa.nak mntak mesti dah habis....

Asmara said...

Manje, eh kita x penah wat cekodok. selalu mmg buat lauk je labu. hehe..

Lady, sedap sbb dia lembut dan manis kan!

K Anie, wah guna krim. kita kdg santan tu ganti dengan fresh milk. :p