Sunday, January 16, 2011

Kobe Japan

Dari Osaka kami ke Kobe. Jarak antara Osaka dengan Kobe lebih kurang 45 minit perjalanan. Kalau dah ke area Kansai ni wajiblah pergi Kobe, Nara dan Osaka. Pertamanya memang nak ke Masjid Kobe, masjid yang pertama dibina di Jepun pada tahun 1935. Masih elok dan cantik dijaga oleh komuniti muslim di Kobe. Waktu kami datang masih ada reconstruction untuk bilik2 kuliah, mungkin untuk kelas2 agama yang dijalankan. Sempat juga bertemu rakan di masjid ini dan memang telah berjanji nak jumpa di sini. Gambar bersama kak Esti. Kedai halal pun ada di sekitar masjid. Tapi kami tak makan di sini. :)

Pintu hadapan masjid dan gambar bahagian dalam. Untuk wanita tempat solat dibahagian atas. Parking awam pun ada bersebelahan masjid.

Seterusnya kami ke Mosaic Kobe Harborland di bandar Kobe. Waktu ni banyak illumination yang cantik dan dari sini boleh tengok Kobe Port dan bersebelahannya adalah Mosaic Garden untuk amusement park. Ada ferris wheel, merry go round dan mini coaster. Nak naik kene bayar jugak lebih kurang 100-700 yen untuk setiap permainan.

Gambar di waktu malam. Lebih kurang terdapat 90 buah kedai di mosaic harborland ni dan tempatnya adalah terbuka. Tujuan utama kami ke sini adalah nak makan di Fisherman Market! Makan adalah secara buffet. Kalau nampak agaknya manalah meja yang kami duk makan ye. :)

Dengan bayaran 2500yen seorang dewasa, 500 yen untuk kanak2 4-6 tahun dan 1200 untuk elementary school kita boleh menikmati seafood yang pelbagai, pizza\spaghetti, sushi dan dessert yang pelbagai. Dibuka 11 pagi -10 malam. Paling best dapat makan ketam dan udang tanpa had. Tempat ni la yang kata nak makan ketam tu. :) Kadar bayaran ni act. berbeza untuk waktu lunch dan dinner(5-10mlm) dan juga weekend. Jika hari biasa lunch untuk dewasa lebih kurang 1700 dan dinner pada weekend 2700 yen seorang. Boleh budget nak pegi masa bila. Memang sangat puas hati makan kenyang2. Kami pulun udang ngan ketam je. Oh ye ada pekerja indonesia yang beritau makanan mana yang boleh dimakan. Kalau pandai bahasa jepun boleh je tanya tukang masak yang memang ada depan kaunter makanan. Parking adalah 30 minit 250yen, tapi jika bershopping di sesetengah kedai boleh dapat kupon parking.

Sebenarnya kami nak ke Akashi Kaikyo Bridge ni, walaupun dah tahu tutup kami pegi jugak. Ingat nak jalan kat taman tepi tu tapi hujan dan angin yang bertiup sangat kuat dan sejukk! Jadi amik gambar dari dalam kete je. huhu.. Akashi bridge ni salah satu suspension bridge yang terpanjang di dunia dengan 3.911km! dan kita boleh jalan di bawah jambatan yang setengahnya bercermin dan boleh nampak air! Rugi pulak tak dapat masuk. Jambatan ni dibuka pada tahun 1998 dah masa gempa bumi di Kobe langsung tak terjejas. Banyak jugak tempat lain yang menarik di Kobe tapi kami agak kesuntukan masa. Di Kobe kami menginap di rumah kawan papa masa sama belajar di Tokyo dulu. Perjalanan kami lebih kepada berjumpa rakan2 dari berjalan. :)

5 comments:

Lady Lavender said...

tak dpt pi jepun dpt tengok gambar pun cukup la :-)

Hanis MY said...

akakkk bestnyaaa gi kobe, nk kena ajak cik abg jugak ni tapi bila la ada masa nk g... byk info hanis dpt kat sini, akak tak sabar nak g yonezawa ni hanis nk guling atas snow, kat sendai tahun ni tak byk mcm thn lepas snow d yamagata mmmgggggg best!

Asmara said...

Lady lavender, InsyaAllah ada rezeki sampai la nanti. :)

Hanis, ok2 nnti calling2 tau nak dtg. guling2 kat tepi rumah ni je, x yah naik zao. hehe..

anie,Nagoya said...

teringin g kobe.bilalah tu?

Asmara said...

k anie, hehhe.. amik cuti, ala dekat je tu. anytime boleh sampai. :D