Thursday, December 2, 2010

Jamuan Aidiladha

Selalu je baru nak masuk citer basi. hehe.. xpe sekadar mengingati peristiwa yang telah berlaku. Jamuan ni diadakan hari Sabtu 27hb yang lepas. Selepas konsert sekolah budak ni terus je pegi kaikan(international house) tempat jamuan. Tapi sekangkang kera je pun dari rumah. Kami sampai awal jugak, tapi rupanya belum siap masak. ehehe.. begitu semangat adik2 ni memasak dari malam. Menu haritu nasi berempah, ayam percik, rendang daging, acar dan kuih muih. Sempat jugak buat 2 jenis kuih haritu, tapi buat malam sebelum la sebab kalau pagi mmg tak sempat. Buat puding jagung dengan marble cheese tu. Hampir jam 3 baru makan. Lambat sebab power letrik tak cukup nak bakar ayam dalam oven.

Seronoknya time macam ni la dapat kumpul ramai2 dan berborak sakan. Hari lain masing2 sibuk dengan kelas. Sekarang dah masuk winter lagi la malas nak keluar rumah. Tapi nampaknya taun ni salji turun agak lewat di kawasan rumah. Ikutkan taun2 sebelumnya hujung Nov dah turun lebat dah. Tapi gunung2 keliling dah memutih. Biarlah lewat sikit turunnya. hehe.. cepat sangat nanti semua aktiviti terbantut. Salji kat sini bukan sikit2, separuh rumah tenggelam. Itu yang tak larat bila winter ni. Penat nak meredah salji, pastu sejuknya takyah cakap la. Sampai nak pegi toilet pun pikir dua tiga kali. :D.. Tengok tenki(cuaca) minggu depan start salji turun. Suhu pagi tadi 0C. Minggu depan paling rendah -4C. 5 bulan la berkelubung dalam rumah. Tak lama lagi cuti panjang 2 minggu, bercuti2 masa winter ni tak berapa nak best sebab siang yang sangat pendek. Pukul 4 lebih dah Maghrib dan dengan sejuknya kat luar. huhu.. meh la kita berhibernasi dalam rumah selama 5 bulan. ahaha...

Sedikit gambar yang sempat disnap masa jamuan. :)

2 comments:

Fith said...

wahhh sejuknya tempat akak.kalau fith duk sana mau tak keluar dr bawah mofu/kotatsu tu dah,hehe.mmg time2 sejuk ni berhibernasi je laa kita kan,duk dlm rumah diam2.

byk betul masakan,sedap2 pulak tu.time2 jamuan ni mmg seronok,boleh jumpa msian lainnya utk sembang2.klau tak,hrp jumpa anak suami je laa stp hari...

Asmara said...

Fith. sini mmg sejuk teramat la. Macam duk dlm esbok. heater mmg pasang sokmo la. huhu..
kan! sib baik ada anak2 buat peneman. hehe..