Wednesday, December 15, 2010

Dah turun...

Hari ni dengan rasminya salji dah turun secara berterusan di yonezawa. Setakat jam 9 malam baru 3 inci. hehe.. saja buat laporan untuk rujukan taun depan pulak. ;D




Selingan, dah lama tak letak gambar budak comey ni. hehe.. tengah makan biskut. Gigi dah nak masuk 8 batang. 4 batang dah tumbuh penuh, lagi 4 batang baru tumbuh separuh. Haqem dah nampak kurus sikit, asyik main je. Hari ni genap 11 bulan! berat baru 9kg. Dah pandai berdiri sendiri tapi dalam 10 saat jatuh balik. Dah boleh jalan keliling meja, sekarang semua makanan pun dia dah rasa. Dah boleh cakap mama, papa, adik, caca.. ada la bunyi2 a dengan i tu. hehe.. Sudah pandai berebut barang dengan abang Haziq. Masih tak nak dengan orang, pantang nampak kelibat mama terus menangis soh amik. Minat dengan Anpanman, kalau nak buat kerja bukak je lagu2 anpanman terus boleh senyap dan duk diam. Suka senyum dengan orang, pantang pegang barang semua nak sumbat dalam mulut. Lagi satu.. tak suka mandi. heheh.. sejuk2 ni mandi 2 hari sekali. itupun doktor pesan tak kasi mandi sebab selsema tak ilang lagi. Mama mandikan jugak la separuh badan tiap hari. :D

7 comments:

~ yus ~ said...

Wah!! Jeles.....huhu

sue said...

Oh!!..syoknya...Wink!..wink!..berangan nih..heeee

Don & Nor said...

terasa sejuknyeee tgk gambo2 tuu..
cute mutenyee tomel2 tuuu...
picit2kan sket pipinya tu as..hihi

Asmara said...

K yus, hehe.. ni baru sikit. kita tunggu awal taun nanti. hihi..

Sue, tak tahan sejuk la. tengok salji mmg best. hehe..

Nor, haha.. tengok gambar dah leh rasa ek. nor pun tau kan camne sejuknya. pipi haqem dah tak tombam cam dulu. huhu..

Idayu said...

sma la, kat nagaoka nih pon dh start trn smalam...sehari suntuk x benti2, pg nih dh tebal gila dah...

Hanis MY said...

Bestnyaaaa yamagata mmg salji dia tebal, kat sendai ni yuki malu2 turun2 terus cair huhu...

Asmara said...

K Ayu, tak larat betul time sejuk2 nih. huhu.. masa untuk membesarkan lagi badan. wahaha...

Hanis, ni baru permulaan.. kita tunggu awal tahun nanti. hihi..