Monday, November 1, 2010

Strawberry Cheesecake

Mabuk dah dengan cheesecake yang ni. Tapi gambar ni gelap lak, silap setting nak cepat punya pasal. Amik 2/3 keping je pastu terus potong sebab nak bagi orang. hehe..
Memang sedap la yang ni berbanding yang bakar tu. Guna resepi yang sama tapi tukar jem strawberry. Buah strawberry takde musim sekarang. Sekarang ni musim epal dan kaki (persimmon) takkan nak letak buah2 tu pulak ek. :D

Bahan-bahan
Untuk base (jika suke biskut byk, leh gandakan base nih)
  • 80g biskut merie or etc
  • 50g butter - cairkan
Untuk Cheesecake
  • 250g cream cheese
  • 200g whipping cream
  • 150g yogurt plain
  • 50g gula - leh add
  • 15g gelatin
  • 60ml air panas
  • 50g buah blueberry tin - saya guna strawberry jem
Cara-cara
  • Hancurkan biskut sehingga menjadi serbuk. Sediakan loyang springform 18cm. Alas loyang dengan plastik wrap atau kertas minyak supaya senang nak keluarkan.
  • Tuang mentega ke dalam biskut. Kacau rata. Tuang ke dalam loyang dan padat2kan. Simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya 30min-sejam.
  • Bancuh gelatin dengan air panas. Kacau sehingga gelatin larut. Suamkan. (atau boleh juga kaedah double boiler utk satukan gelatin nih agar tidak berbiji2)
  • Pukul cream cheese dan gula hingga gula hancur dan nampak gebu. Masukkan yogurt dan juga whipping cream. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan gelatin dan pukul lagi hingga rata.
  • Gunakan spatula, masukkan buah blueberry dan juga syrup. Tak perlu kacau sebati sebab inginkan hasil seperti marble. Tuang ke dalam loyang biskut tadi. Dan sejukkan semula di dalam peti ais lebih kurang 2-3jam.
  • Potong dan hidangkan.

5 comments:

hana said...

makcikkk... kite punyer takde ker?? huwaaaa...sampai atimu! huh!

Idayu said...

wah...menjeleskan sungguh! akk punya gelatin br dpt nih, skang tgh mencrk springform loyang plak...
agak2 bila la aku nk mulakn projek nih...
as beli kat mna loyang tuh? kat sni mcm xdok jek..

Asmara said...

K Hana, akk punya tunggu dtg sini. kihkihkih...

K Ayu, hihi.. tak sabar la tu nak start projek. beli kat jusco ada kak, carik kat bahagian peralatan dapur tu. skrg ada christmas sales semalam tengok 980yen je yg size 20' :)

Idayu said...

as,
tq eh...

CT said...

Wah! wat akk terliuq...sedap tuh...