Friday, October 29, 2010

Kek Kukus Velvet

Akhirnya dapat jugak buat kek kukus hawflakes ni. Maklum la baru dapat stok hawflakes, berjimat2 pakainya. Itu yang rupa kek kedekut hawflakes. hehe.. lepas tu hawflakes dia tu melekat2, susah betul nak keluarkan. huhu..
Rasa dia sangat sedap. Saya sebenarnya pecinta kek lapis, tapi sebab malas nak buat dan bahan2 agak terhad pendamkan hasrat tu dulu. Nak mengukus kek lapis mau berejam2. sangat tak boleh dengan Haqem yang rajin tolong mama kat dapur sekarang. Rindu pulak nak makan kek lapis buatan mak2 sedara kat sarawak nun. Lepas baca blog kak yatie terus je kita buat. Punya bersemangat nak cuba. hehe.. Terima kasih ye kak cnp resepinya. :)

Bahan-bahan

*5 biji telor gred A (yang sejuk dari fridge)
*225 gm gula halus
*220 gm tepung gandum
*1 sudu kecil rata baking powder
*1 sudu besar ovallette
*150 ml susu cair
*1/2 sudu kecil garam
*100 gm minyak jagung/masak
*1 sudu kecil esen vanila
*beberapa titis pewarna merah, kuning dan hijau
*asam hawflakes secukupnya

Cara Membuat:-
  1. Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk dan ketepikan dahulu.
  2. Pukul gula dan telur hingga kembang. Setelah kembang masukkan ovallete dan pukul lagi sehingga betul2 kembang dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul sebati.
  3. Masukkan tepung dan b.powder yg telah di ayak berselang seli dengan susu dan masukkan esen vanilla. Gaul sebati dan bahagikan pada 3 bahagian....letak pewarna kegemaran.
  4. Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama, letak merah dulu menggunakan 6 sudu makan setiap adunan dan susun secukup hawflakes di permukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
  5. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.
  6. Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
  7. Setelah kek masak, biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan di atas redai supaya sejuk.
***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan, ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 3 mangkuk dan warnakan. Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka...

4 comments:

Yatie said...

Salam Asmara,
Cantik menjadi kek tu...ada lagi tak...nak sepotong..hi3..

Asmara said...

Kak Yatie! ala segan la kite punya tak secantik akak. tengok akk punya la yg terliur nak buat jugak. hehe.. anyway mekasih tau kak resepinya. :D

sweetsal said...

sedapnye kek kukus tu..sejuk2 mkn kek sedap ni..terliuq pulak, hehe

Aslinda said...

emmm nampak menarik, mesti sedapkan... ak lum cuba lagi kek lapis