Wednesday, November 3, 2010

Muffin Pisang

Minum petang dengan muffin. Pisang yang dah nak expired beli banyak haritu. ups.. terlebih pembakaran nampak hangus sikit. tp yg rangup tu sedap! hwaa.. sedih lampu ovenku terbakar, tak nampak dah rupa makanan dalam oven tu! hangus ke kembang ke kuncup ke agak2 je la dah masak. nak beli baru ke? mcm x yah je, lagipun masih boleh guna cuma lampu je takde. Kene bersuluh pakai lampu picit la pasni. huhu.. Resepi ikut resepi muffin yang pernah buat sebelum ni.

Bahan-bahan
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 2/3 cawan gula
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan yogurt plain
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 cawan pisang lenyek
  • sedikit coklat cip
Cara-cara
  • Di dalam mangkuk yang besar, ayakkan tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam. Masukkan gula dan kacau menggunakan whisk.
  • Di dalam mangkuk yang lain, satukan telur, minyak masak, yogurt plain dan esen vanilla.
  • Tuangkan bancuhan telur ke dalam bahan kering dan gaulkan sekejap sahaja
  • menggunakan whisk. Bancuhan akan kelihatan berketul-ketul.
  • Masukkan pisang lenyek dan chip coklat. Kacau sebentar sahaja.
  • Sudukan ke dalam acuan muffin yang telah dialas dengan cawan kertas.
  • Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 C selama 15 hingga 20 minit.

3 comments:

~ yus ~ said...

Nampak pisang dia..cute..hihi

Kamalia said...

kak as..muffin 2 ketui...smlm jln2 g mane?kami duk sini je..isnin depan cuti jugakkn?ngehehe..plan nak jln mana pulak?

Asmara said...

Kak Yus, pisang balance sebiji potong la kecik2 letak atas tu. hehe...

Kamalia, semalam membuta kat rumah je. wakakaka.. hujan la katakan. kose le nak kuo rumah. kekeke... senin ni takde plan lg. duit dah abis. hahaha..