Wednesday, November 17, 2010

Nasi Beriyani & Salam AidilAdha

Salam Aidiladha buat semua. Tiada sambutan raya kecuali sembahyang raya di surau pagi tadi. Budak2 pun sekolah, nak pakai baju raya pun macam tak kene je. hehe.. takat duk dalam rumah tak jumpa orang. Ingat nak masak nasi impit dan lauk raya, tapi bahan xde pulak. Buat je nasi beriyani guna rempah beriyani yang sedia ada. Ada jugak buat kek epal. Dua tiga hari ni banyak makan berunsurkan epal. Berplastik epal kat rumah ni tak terhabis lagi. Buat pie apple, kek epal, jus apple, ingat nak buat kari epal pulak la. hehe.. Tengok kat rancangan masakan jepun haritu ada chef tu masak kari guna jus epal, macam menarik je. Jadi raya Aidiladha tahun ni hanya makan nasi beriyani dan kek epal bersama anak2 je. Papa pun tak balik lagi. Beraya bersama keluarga di Malaysia dalam skype je. Bestnya tengok semua orang berkumpul dan makan macam2 makanan kat sana tu. huhu.. cedih.. Berkorban jiwa dan raga taun nih. hehe....

4 comments:

Juwita Jamaludin said...

salam as.. bestnya nasi beriani .. lama tak buat last ramadan hari tu... sama la ita hari ni raya duk umah je...huhhuuhu

Asmara said...

Ita, hehe.. ni pun rempah beriyani yg nak hampir expired. sib baik perasan. kene perbiskan stok2 gak nih. dok angkut byk2 stok mesia sekali sampai nk expired pulak. hehe..

Idayu said...

slmt hr ry as!
kari epal?? pelik tuh..akk dh alter dah dodol tuh, sedap tpkan terlembik sket..kena mkn guna spoon. tp better la kan drpd x diusik langsung..thanks ya!

Asmara said...

Kak Ayu, haah la kak tgk kat rncangan masakan dia. mcm menarik tp kene guna kari jepun la. hehe.. oww terlebih air kot masa panaskan. hehe..