Yatta! pertama kali naik helikopter! sangat teruja dapat merasa naik. Inilah helikopter yang kami naik. Act. kami pergi ke Matsuri (Festival) kat sini, ada Helikopter terbuka untuk pengunjung merasa naik. Tapi bukan free, kene bayar la jugak. Mahal gak untuk sorang. huhu..
Haziq yang relax tapi Batrisya yang takut. Pegang kaki mama je dia. Mama memang teringin la nak naik. Tak tahu lagi bila ada peluangkan. hehe.. Masa di udara lebih kurang 4 minit sahaja untuk pusing2 kawasan sekitar. Tapi itupun dah tak sabar2 nak turun. Seram jugak la, sebab helikopter kecik je, tepi tingkap dah nampak bawah. Kalau orang lemah semangat tak yah naik la kot.
Pemandangan dari dalam helikopter. Nampak seluruh bandar sekitar. Cantik kan!
Tempat kami ni dikelilingi gunung ganang. Kalau masa winter memang putih je la, kat gunung depan tu tempat orang main ski dan snowboard.
Rumah2 orang Jepun dari pandangan atas. Cuak jugak bila tengok bawah ni, rasa cam nak jatuh je. uhuhu..
Ok dah jejak tanah balik. Lega rasanya.. hihi.. tapi pengalaman yang best jugaklah. Ramai jugak yang menunggu giliran nak naik. Kami tunggu sekejap je, kebetulan masa kami register tak ramai orang lagi. Kami naik berempat je, Haqem tak boleh naik sebab baby lagi. Orang kat kaunter tu tolong jagakan.
Lepas naik helikopter baru kami jalan2 tengok festival. Ini Kaminoyama Kakashi Matsuri (Festival orang2 di Kaminoyama). Festival ni diadakan sempena musim menuai di Kaminoyama. Orang2 yang dipakaikan pelbagai jenis dan bentuk pakaian.
Macam2 rupa dah orang2 kat sini. Asalnya untuk halau burung kat sawah, tapi orang Jepun jadikan satu festival. Menarik jugak, ada persembahan dan sebagainya.
Doraemon, kamen rider, anpanman dan macam2 karakter katun ada.
Dah puas pusing2, main kat taman permainan pulak. Haziq tgh wall climbing.
Haqem pun teringin nak main kat luar, tapi x boleh lagi yer. Waktu ni suhu 18C, dah sejuk lagi2 kalau angin bertiup.
Kanak2 riang jumpa permainan. Hari minggu baru dapat keluar untuk berjalan2. Hari biasa duk diam2 dalam rumah je ye. hehe..
7 comments:
naik ber3 jer ker heli tu?? papa kena tunggu baby kat bawah eh??? huhuhu...
orang2 kat jepun ni mcm2 rupa ada kan... menarik n ada yg comel2 pulak tu... kalau kat mesia... orang2 ni sumenya scary jer rupa bentuk dia... ekekeke....
wah bestnye..saya pun tak tahu bila dapat jejak negara matahari terbit
Kak emi, naik berempat la kak. kan ada beritau. hihi.. papa tukang amik gambar je. Tu la 'orang2' dia ni berhias kemain cantik sempena festival ni. hehe..
Azwan, ada rezeki InsyaAllah sampai la nanti. :)
waaa as....bestnyaa...
tau tak ms sblm g jepun tu salah 1nya plan nak naik heli laaa... skali x smpt nak g tmpt yg wat pakej tuu. byk sgt tmpt nak g..huhu..mudah2an ada rezeki dpt naik lain kali.
whoaaa..mcm2 sambutan erk..seronoknya...anak2 akak kat sana sekolah x?
Nor, la ye ke. hihi.. tp kat Tokyo lagi mahal la. masa kami naik kira murah jugaklah, kat area kampung la katakan. hehe..
Suria, haah budak2 ni sekolah kat sini. memang best jugak sebab kita boleh tengok festival diorang nih.
bestnye nek heli, apesal kat sini diorg xwat, hehe klu ade tringin gak nk terai..
Post a Comment