Friday, October 1, 2010

Ultraman Show

Memang kebetulan dan bernasib baik dapat tengok ultraman show tempohari. Sebelum balik dari Morioka tempohari kami singgah di Jusco, masa jalan2 tu ada pengumuman kata show ultraman dah nak mula. Apalagi terus la kami ke ruangan tengah tu.
Ok budak yang paling teruja bukan si kecik ni ye. tapi Haziq the ultraman boy! Memang pantang la dengan ultraman. Sebelum ni papa ada beli CD ultraman zero (movie terbaru) dia dok pasang berulang2 dalam masa satu hari masa cuti sekolah tempohari. huhu.. sampai mama pun dah terhafal tiap scene. Nasib la guna cd player khas untuk dia sorang je. Tapi yang geram bukan tengok tiap masa pun dia nak cd tu terpasang je. sakit telinga dengar bunyi lawan2 dia tu. huhu..
Waktu show patutnya jam 3 tapi lewat sejam plak, kami dah dapat duk depan takkan nak bangun. Memang tunggu je la sampai kul 4 tu. Tapi mama bangun jugak dengan Haqem. Kaiju pink dah keluar dah tu..
Zero sedang bertarung, masa ni memang bingit la telinga sebab budak2 Jepun ni sungguh bersemangat nak suruh ultraman menang. "Gambare Zero!", duk ulang2 ayat tu. hihi..Patut la orang jepun ni selalu boleh menang, semangat diorang lain macam.
Show setengah jam je, tapi penuh dengan orang ramai. Lepas show sape nak bergambar boleh beratur, kami tak sempat la dah lewat sangat.
Haziq yang puas hati dapat tengok live, walaupun pada mulanya dia dah mengantuk, hampir tertido menunggu ultraman tu keluar. Tapi bila keluar je ultraman terus segar mata. Sementara ada kat jepun ni tengok la ultraman puas2 ye. Bila la nak pegi ke ultraman land ye. Jauh sangat kat Kumamoto sana. Ada rezeki kite pegi sana la nanti ye. :)

4 comments:

Kamalia said...

hahaha..lwk la pulak bile dikenang..org yg duk morioka xdpt pun tgok ultraman nih..yg dr jauh bole la pulak dpt tgok..akceli mmg dr dulu nak tgok show camni, tp tula xdok rejeki...huhuhu

DYRatu said...

bestnye.... my kids semua antoo otomen... agak2 kalau pesan cd ngn mama batrisya boleh ke?

ijan said...

Seronok la dia dapat tengok hero pujaan... dulu time kecik2 pon auntie minat untraman jugak tau Haziq.hehehe

Asmara said...

Kamalia, hehe.. tu la kebetulan je. kalau tak dgr announcement tu mmg tak tahu pun. rejeki Haziq la. hihi..

DyRatu, boleh je kalau nak. tp kat sini cd original mahal sangat. kalau yg bersiri tu biasa kami download pastu simpan kat cd. tp movie yg baru ni beli original mahal jugak 3500yen lebih kurang RM130. huhu.. mahal tu.

Ijan, hehe.. ye ke Ijan. boleh geng ngan Haziq la ni.