Friday, October 1, 2010

Morioka Children's Museum of Science

Kisah di Morioka tempohari masih tak habis. Kami sempat juga ke Children Museum of Science bersama2 Kamalia/Kamil n family. Budak2 seronok la kat sini dapat main dengan pelbagai peralatan sains.
Teropong bintang. Kat muzium ni ada beberapa tayangan yang menarik seperti di planetarium. Kami sempat tengok satu dokumentari berkenaan bintang dan planet dilangit pada waktu malam. Show hampir 40 minit. Menarik jugak! hampir terlelap sebab gelap dan khusyuk tengok bintang2 yang cantik dalam tu.
Robot pun ada, robot ni bagus ikut arahan tp kene tekan butang arahan tu la. hehe..
Omoshiroii!! Haziq dan Batrisya jadi pendek. hehe.. Banyak peralatan sains ada dalam ni. Mama pun teruja jugak!
Kereta automatik sebenar dari sisi mengiring. Tekan butang start nanti enjin kereta hidup. Nampak proses bagaimana sebuah kereta mula bergerak. Baru nampak kegunaan minyak kereta nih di mana.
Antaranya.. tak ingat la ini apadia. hehe..
Batrisya dan Amni masa ni suka betul tengok bola tu terapung. Tekan pedal kat bawah tu nanti angin keluar dan letak bola. Macam magic la kan. hehe...

Dalam 2 jam jugak dalam ni, menarik terutama untuk kanak2, boleh belajar dan cuba sesuatu yang selama ni mereka tak tahu. Bukan untuk kanak2 je, org dewasa pun boleh tambah ilmu pengetahuan. Tiket untuk ke muzium pun murah dalam 200yen untuk seorang dewasa dan 100yen untuk kanak2. Untuk masuk ke planetarium show pula tiket 300yen dewasa dan 100yen untuk kanak2. Memang puas hati dan tak rugi bawak anak2 ke muzium macam ni. :)

2 comments:

cikcloudy said...

salam perkenalan.. best nyer tgk gamba2 dok japan dalam blog ni

Asmara said...

Cikcloudy, gambar untuk kenang2an. Dah tua esok InsyaAllah boleh tengok balik. hehe...