Wednesday, October 27, 2010

Jamuan ....

Aiseh nak tulis tajuk jamuan raya, tapi macam dah lama sangat pulak raya abis. hehe.. Kami kat sini baru la nak buat jamuan makan raya beramai2 dengan adik2 sini. Sabtu lepas baru dapat buat. Semua orang sibuk sejak semester bukak termasuk hujung minggu. hehe.. minggu ni la yg ada free time. Paling best time jamuan adalah makanan!! Menu utama jamuan haritu sate, nasi minyak, sambal ayam, acar dan kuah kacang. Tempat makan macam biasa buat kat kaikan (international university house).
Menu sampingan adik2 sini buat kuih sultan pahang (roti jala yg berinti) dan kuih lapis. Mama pulak sediakan 5 jenis kuih. hihi.. sempat buat kek apple, kek pelangi, puding kastad, biskut cornflakes dan kuih puteri ayu.
Tak menyempat nak letak topping kat kek pelangi tu, ingat nak wat deco2 sikit tp ada anak 3 orang ni mmg tak sempat la, lagipun makannya tengahari. Mama siap2 buat semua ni pepagi. Nasib baik ada Batrisya yang rajin sangat tolong mama buat kuih puteri ayu tu. Batrisya la yang tolong isi kelapa dan mampatkan dalam acuan tu. Terima kasih ye Batrisya sayang!
Puding kastad ni buat 2 periuk. Nasib baik senang. hehe.. memang pilih wat kuih yg cepat dan senang je.
Kak Iji ngan kak nani suapkan Haqem makan. Kejap je nak dengan orang. nampak je kelibat mama terus menangis. Tak boleh nak renggang dengan mama Haqem nih.
Wajiblah ada gambar ramai2. Inilah ramainya budak2 mesia yang ada kat sini, tapi ni pun 4/5 orang takde. Time raya semua hilang tinggal 3 orang je. hehe.. Bila ada aktiviti macam ni yang best dapat jumpa ramai2 dan borak2 sakan. Lepas ni jamuan raya haji pulak kot. Mekasih kat adik2 yang bertungkus lumus masak menu utama tu. :D

2 comments:

ijan said...

Banyak nye makanan... satey tu best tu... lama tak makan.

Asmara said...

Ijan, time ni syok mkn macam2. hehe..