Friday, September 17, 2010

Yokohama Anpanman Museum

Selepas majlis hari raya di kedutaan kami ke Yokohama Anpanman Museum. Anpanman ni karakter kartun paling popular bagi kanak2 umur 0-12 tahun kat Jepun nih. Tiap-tiap petang ada katun ni, budak2 ni jarang miss la tengok. Lagu pun dah hafal dah. Cakap je nak pegi tengok anpanman, gembira tak terkata budak 2 orang nih. hihi..
Yatta! dapat jugak jumpa anpanman nih! salam2 peluk lagi. hehe.. Muzium ni dibuka setiap hari 10 pagi - 6 petang. Tiket masuk 1000yen sorang dari umur setahun ke atas termasuk dewasa. Haqem aje yang masuk free. hihi..
Konichiwa anpanman! kata Batrisya. Masa ni anpanman ada kat luar, terus kene serbu dengan budak2 yang memang minat sangat ngan katun anpanman nih.
Dalam muzium, ada 3 tingkat, mula2 masuk memang terus kene naik tingkat 3, pastu nak turun bawah pakai tangga je. hehe.. beli tiket dapat hadiah yang tergantung kat leher Batrisya tu.
Haqem pun nak bergambar dengan breadheadman dan anpanman.
Waktu kami pergi ni memang ramai orang, rasanya tiap minggu memang ramai orang kot. Lagi2 mak ayah yg bawak anak2 main kat sini.
Tempat mainan yang luas dan banyak jugak mainan. Puas hati jugaklah terutama untuk budak2. Haqem teruja dengan gitar anpanman. Seronok tak nangis pun duduk dalam ni.
Haziq memang aktif, Baikinman bersenam dia pun teruja nak ikut sekali.
Batrisya kene peluk dengan Baikinman, ramai tunggu turn nak bergambar dengan Baikinman nih.
Anpanman punya show pulak, Haziq masih tak melepaskan peluang nak join sekali.
Sementara mama lepak kat nursery room, budak2 ni main dan ambil2 gambar. Banyak sangat gambar papa ambil tak terpilih mama nak publish. hihi..
Kelas membuat muka Dokinchan, ada staf yang ajar, papa tolong Haziq tampal kertas2 tu.
Yeay! dah siap sorang satu punya Dokinchan.
Dah keluar dari muzium ada Meronpan lak kat luar. Ambik gambar sekejap, Haziq dah hilang kemana ntah. huhu..
Inilah sebenar2 anpanman. Kisah roti kacang bersama kawan2 dan kuman yang jahat. hehe..

5 comments:

abigemok said...

banyaknya karakter katun,.. hehe comel :)

kew_chop said...

akak dtg yokohama ke? nape tak calling2 kalo tak leh jumpa (^o^) ni no saya 09028381728 nanti kalo bebila dtg lagi singgah umah tau.

Idayu said...

nak pegi..nak pegi..tgh surf psl museum nih tetiba jek awak dh pgi ek?

Asmara said...

Kyuubi, katun kesukaan budak2 jepun nih. hehe..

Murni, isk2 time kat embassy pun tak terjumpa kite ni ye. InsyaAllah nnti calling2. :)

Kak Ayu, wah ni mesti nak berholiday kat Tokyo ni. Selamat berjalan2 kak!

SURIA AMANDA said...

comelnya...kalau roti mcm tuh rupanya..mmg sayang nak makan...