Thursday, September 16, 2010

Hari Raya di Kedutaan Malaysia Tokyo

Diam tak diam dah seminggu Syawal. Gambar raya baru nak letak. Kami ke Tokyo Khamis minggu lepas untuk berhari raya bersama warga malaysia yang lain di kedutaan. Gambar sebelum sembahyang raya.
Seronok dapat berjumpa ramai teman2 baru. Gambar memang susah la nak ambil sebab berkejaran dengan anak2. Nak bersembang lama sikit pun ada je yang kacau. hehe..
Ini saja warga Yamadai yang tinggal untuk berhari raya. Bayangkan kalo kami tak ke kedutaaan. Semayang raya 6 orang aje ni la. hehe..dah la xde muslim lain kat sini.
Ada sape2 yang kenal? hehe.. gambar candid je nih.
Kali ni juadah disediakan di dalam bangunan, tapi tetap makan bersepah kat luar. Menu jamuan nasi beriani (kot), ayam masak merah, dalca, nasi impit, kuah kacang dan pelbagai jenih kuih muih.
Baru berkesempatan nak ambil gambar anak-anak2. Kalo tak hilang saja Haziq ni. Ala cian Haqem tak nampak lak.
Batrisya yang sangat boleh harap tolong jagakan adik2nya.
Papa memang hilang sokmo la, time raya la dia dapat jumpa kawan2 dia yang ramai keje kat Jepun nih. berjejak kasih le katakan. Gambar bersama sebahagian rakan. InsyaAllah kalau ada rezeki beraya lagi la kami kat sini. :)

No comments: