Monday, September 27, 2010

Kisah September

Minggu lepas tiba2 suhu jatuh dengan mendadak sekali. huhu.. dari panas terik 30C terus merundum ke suhu terendah 11C. Hari ni pun hujan, rasa nak pasang heater plak. Macam masuk winter dah ni. Balik dari Iwate tempohari, budak2 terus kene selsema, sebab perubahan cuaca, 2/3 hari hujan turun dan cuaca mendung memang sejuk sangat. Nasib baik tak demam cuma selsema. Mama ni pulak yang tiba2 sakit tekak, badan pun mcam tak berapa sihat tapi masih bernafsu nak berjalan2. hehe..

Banyak lagi kisah2 yang nak dimasukkan tapi asyik tertangguh. Haqem dah banyak ragam jugak ni, tak boleh dibiar tanpa pengawasan. Sekarang ni dah pandai nak memanjat, dah boleh berdiri sendiri kat tepi meja tapi masih belum kuat, tiba2 je kang jatuh. huhu.. pastu dah pandai mengutip benda masuk dalam mulut. Pantang nampak mama melintas dah menjerit soh amik. Dah pandai merangkak sampai ke dapur pulak tu. Sejak tumbuh gigi 2 batang ni ada gaya nak makan dah. Tapi bila suap tu kadangnya keluar balik. Haqem ni banyak jugak alergiknye. Tak boleh makan sebarangan nanti habis la naik merah2 satu badan. Diam tak diam dah 8 bulan rupanya umur Haqem ni. Macam tak perasan plak masa tu berlalu dengan pantas.

Khamis lepas bawak budak2 ni jumpa doktor sebab amik ubat selsema, Haqem timbang berat 8.3kg pada umur 8 bulan. ok jugaklah sebab dia tak berapa nak makan solid food lagi. Berat Haziq pulak 14.5kg dan Batrisya 22.8kg. Alhamdulillah semua sihat, tapi risau jugak bila selsema ni, lagi2 Haqem tido tak berapa nak lena sebab nafas tersumbat. Nak bagi makan ubat pun susah jugak, dia tak suka, tapi dapat jugak masuk dalam perut.

Minggu lepas pun sempat jugak buat open house kecil-kecilan. Masak jugaklah nasi impit, kuah kacang, rendang daging, kuah lodeh, ayam bakar, puding dan kek marble cheese coklat. Minggu ni adik2 ramai dah balik. Lepas ni buat jamuan besar-besaran pulak.

Nak cerita jugak tempat kami selalu shopping barang dapur, supermarket ni memang agak murah la dari yang lain. Kalau kat Jepun biasanya kite beli barang, kita akan simpan sendiri barang dalam bakul tu samada dalam plastik atau beg sendiri. Masa nak simpan barang tu ada beli telor 2 bekas (satu bekas 10 biji), boleh la pulak satu bekas tu terjatuh! huhu.. pecah semua plak telor tu. Dalam hati kata alahai ruginye sebab dah bayar! tapi cashier tu nampak, terus dia ambil telor yang pecah tu dan diganti dengan yang baru. hikhik.. mekasih la ye. Act. kejadian ni adalah kejadian kedua yang berlaku, sebelum ni papa yang beli telor jugaklah. lagi dahsyat 2 bekas sekali jatuh pecah. diorang ganti jugak! wah gitu ye kat jepun ni. padahal kita dah bayar mestilah tanggung sendiri, tapi ni diorang siap ganti lak kesilapan kita sendiri. pasni kami dah berhati2 tiap kali beli telor, malu lak kalo jatuh lagi. hihi..

Bulan ni tiap minggu keluar berjalan. Tengah cuti2 ni mood bejalan memang ada. Nasib baik papa tak berapa bz, nanti dah winter mmg terperuk dalam rumah la. Kebetulan banyak pulak karnival kat area sini. Nanti share lagi..

4 comments:

Don & Nor said...

betullah as. kagum klu tgk budaya jepun ni. klu kat m'sia(berdsrkn penglmn sendiri) mmg x dpt ganti.

my balqis said...

hehe kak as, pasal telur tu mmg betul, pernah gak rosakkan brg tp die lak yg ganti blk, rs bersalah pulak, huhu hafiy pun mcm haqem gakla..muke die slalu cam merah2, siap bintik2 mcm jerawat, sian lak tgk mcm gatal je tp nk garu xleh, sib baik skang sejuk kurglah sikit..akak bile plan nak dtg sini pulak? kitorg boring giler terperuk kt umah sejuk2 nie, huhu

Unknown said...

Bagusnya diorang ni, kita yang pecahkan, dia pulak yang ganti balik ekk....

Asmara said...

Nor, itu la, tapi malu jugakla sebab diorang ganti semula. hihi..

Ayu! nak dtang! minggu depan kot! hehe.. InsyaAllah kalau xde apa2.

Kak Yus, hihi.. tu la, macam segan je nak gi supermarkt tu. tp tu la tmpt shopping barang dapur kami. hehe..