Sunday, September 26, 2010

Beraya di Morioka Iwate

Kisah berjalan raya tak habis lagi. Minggu lepas kami beraya ke Morioka Iwate ke rumah Kamalia. Satu2nya family melayu yang dikenali terdekat dengan kami. hwaa.. dekat tak dekat hampir 3 jam jugak tu. hehe.. Paling seronok tentulah budak2 dapat kawan main2. Mama lagila seronok dapat borak panjang2. hehehe.. kebetulan Jepun tengah public holiday, amik kesempatan jalan tempat yang terdekat.
Batrisya yang sangat happy dapat kawan dengan Amni. Siap nangis masa berpisah sekejap haritu. Sekali sekala jumpa kawan memang seronok sangat la budak2 ni.
Act. Amni ni sebaya dengan Haziq tapi maklum la perempuan mesti la kawan dengan perempuan. hehe..Masa ni kat tasik berdekatan rumah Kamalia, tempat mereka selalu bagi itik makan. Tapi haritu kedai jual makanan itik tutup plak. Nyaman dan best kat sini, sangat sesuai untuk beriadah dan bawa anak2 main.
Kembar yang bagi itik dan ikan makan batu, kekeke.. makanan itik takde batu pun jadilah eh. hehe..
Dapat jugak bergambar berdua. Terima kasih la banyak2 kat Kamalia & Kamil yang sudi terima kami sebagai tetamu dan layanan yang best! Masakan Kamalia sedap2 belaka dan tak sangka dapat makan kfc mesia lagi. hehe.. Paling best dapat makan daging lembu yang sangat lembut, berbanding daging yang biasa kami beli tu. Siap beli bawak balik lagi. Nanti ada masa datang datang melawat kami pulak ye!

2 comments:

Kamalia said...

hehehe..malu i ..haraqp xserik dtg kat sin lagi ye..insya Allah,nnt kami sampai ke sana jugak..
p/s:amni smpi skang die tye, mama mane kakak besar(batrisya)?amni nak jumpe kakak..huhuhu

Asmara said...

Kamalia! hehe.. Batrisya pun dok teringat kat Amni. suka sangat la dapat kawan yang boleh main2. datang sini nnti tau! eh lg satu en.kery puji sambal nasik lemak awak sedap dan tak pedas! ahaha.. nak resepi!! :p