Pertama kali mencuba buat kuih ni. Menjadik!! tapi ada sedikit kesedihan di sini. huhu... terlebih kapur pulak. Aduh! tak suka betul rasa pahit soda tu. Lagi2 belah yg hijau tu, dah la sedap dan manis kat situ. huhu.. tensen makcik!
Act. semalam ada adik kat sini bagi kuih ni. Teringin gak nak buat sebab Batrisya kata sedap. Dia testing dulu pastu kata oishiikunai! haha.. maksudnya x sedap la. Sian lak dia makan yg putih tu je. Sorry la, mama x pandai bajet. Kami pun telan je la, makan satu dua ok lagi, tp kalau dah masuk yg ketiga mmg terasa pahit dia. haha.. takpe la first trial. Ikutkan memang dah sedap giler aa.. Resepi dari myr kak yani. TQ ye kak bg resepi. Silap tak baca komen2 org dan tips yang diberi. Kapur tu letak secubit je dan bancuh dgn 2/3 sudu air. Ok next time boleh buat lagi. :)
Bahan-bahan
- 1 cawan tepung beras
- 1 cawan gula
- 5 cawan air
- 4 sudu besar tepung beras(ratakan)
- 1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
- 4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
- sedikit kapur dan sedikit garam
- Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
- Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
- Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
- Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pandan@pisang lagi sedap.
- Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
- Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
- Sejukkan
3 comments:
lama tak makan nih!
tq
slam ramadhan.. :)
kak nak tanye...yg bwh color hijau tu buat adunan lain plak ye?
Kella, hihi.. senang je wat dia. takpun beli je kat pasar ramadhan nanti. :)
Zahra, haah ikut kat resepi tu, masak 2 kali. tapi senang je masak atas api sampai kilat.
Post a Comment