Saturday, August 21, 2010

Kuih Cara Manis

Alhamdulillah dah hari ke sebelas kita berpuasa. Sekejap je rasa, 4 hari lagi dah setengah bulan berpuasa. SubhanAllah cepatnya masa berlalu.. Sepanjang Ramadhan ni aktiviti jalan2 memang kurang. Cuti sekolah pun dah habis. Pagi tadi budak2 dah start sekolah, reg. semester baru, sekolah 2 jam je tadi. Nasib baik diorang memang dah biasa bangun pagi, cuma hari ni tak bawa bentou. Kuih cara kat atas tu untuk berbuka petang semalam. Acuan kuih cara takde jadi gunalah acuan takoyaki. Boleh la asal ada rupa dan rasa.
Nak buat kuih cara lauk tapi malas la pulak nak buat lauknya. Jadi cara manis lagi mudah dan sedap. Semalam berbuka dengan spaghetti je. Tapi masa sahur makan nasik jugak. Resepi kuih cara ni amik kat resepiraidah. Terima kasih kat tuan punya resepi yang sudi share resepi. :)

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
2 biji telur
sedikit air daun pandan/pewarna hijau
secubit garam
gula secukupnya

Cara membuat:
~ Panaskan acuan khas utk kuih cara diatas dapur.
~ Daun pandan di blander dengan santan, tapis.
~ Kemudian campurkan dengan gandum, telur & garam. Tapis utk memastikan adunan tidak berketul.
~ Bila adunan siap masukkan kedalam acuan yang telah dipanaskan, perlu disapu sedikit minyak dahulu supaya mudah ditanggalkan nanti.
~ Isikan gula ditengahnya. Tutup acuan dgn tudung periuk,tunggulah hingga masak. Gunakan api yg perlahan supaya kuih tu tak mudah hangit bawahnya.
~ Angkat dan boleh lah lekatkan sepasang2.

1 comment:

Ayu said...

asmara....aku slalu je buat kuih ni guna acu takoyaki.janji leh bedal.hehe...