Thursday, August 19, 2010

Dalca Daging

Gambar dalca dalam periuk, tak menyempat nak posing cantik. First time masak dalca, buat ni masa jamuan berbuka tempohari. Makan dengan nasi tomato dan ayam masak merah. Senang rupanya masak dalca ni, sama macam masak kari jugak, cuma ada tambahan kacang dhal dan sayur-sayuran lain. Resepi dari Noreen, google2 jumpa resepi ni. Tq ye.

Bahan-bahan:
200 gm daging - dipotong kiub
80 gm kacang dal
3 sudu makan rempah kari daging
6 sudu besar campuran bawang merah, bawang putih + halia yg telah diblend
bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga
1 kiub stock ayam
santan
garam dan serbuk perasa secukup rasa
ubi kentang - dipotong kiub
carot - dihiris
cili hijau - dipotong dua jgn putus
terung
buah tomato - dipotong 4
daun kari

cara:

  • panaskan periuk tumiskan bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga hingga naik bau
  • kemudian masukkan bahan2 blend dan kacau sebati
  • masukkan rempah kari dan daun kari and kacau hingga garing
  • masukkan kacang dal, daging dan sedikit air
  • tutup periuk dan kacau sekali sekala untuk pastikan kacang dal tak melekat
  • bila daging dah emput, masukkan stok ayam, santan, garam dan serbuk perasa
  • masukkan ubi kentang dulu dan last sekali masukkan semua jenis sayur
  • masak sehingga ubi kentang betul2 empuk

2 comments:

emi said...

betul la as... dalca ni masaknya sama jer cam masak kari... cuma ada tmbh kacang dhal n sayur mayur tu jer... tp kan... emi kalu buat dalca, tk penah letak kacang dhal tu tu pun... huhuhu...

Asmara said...

Emi, la ye ke.. hehe.. tp tak jadi la dalca kalo x letak kacang dhal tu. tak kisah la kite yg makan kan emi. hehe..