Wednesday, July 7, 2010

Taman bunga Sagae

Kita mulakan dengan cerita-cerita lama. Kisah ni berlaku hampir 2 bulan yang lalu. sangat lama dah ni. hihi.. Kami bersama adik2 berjalan2 di taman bunga di waktu suhu ketika itu paling tinggi untuk tahun ni 30C. hihi.. (tetapi hari semalam telah mencecah 36C okey!)
Selepas menyentap soba tersedap kami jalan2 makan angin yang tak berapa nak ada angin ketika ini.
Masing2 dok beteduh bawah pokok, panas le katakan. Dah biasa sangat sejuk tiba2 baru kene panas mengelupur cari tempat redup. kihkih..
Oh tapi ramai jugak yang rajin jalan2 tengok bunga yang tak berapa nak ada ni.
Haziq tenggelam dalam bunga dengan kekanda Hanis Zen. :)
Maklum la taman masuk free tak berapa nak terjaga nih.
Pada awal pengeluaran bunga. Bulan ni tak tau la dah cantik kot.
Ais kepal yang boleh buat sendiri, beli mahal sangat oohh.. tapi anak punya pasal beli je la. Panas beb!
Bunga jurai2 ada kolam agak cantik.
Tq haziq bagi mama bunga ye.
Ok tamat kisah pertama. Jumpa lagi. :)

No comments: