Thursday, July 8, 2010

Cream Puff!

Sebenarnya malu nak tunjuk tapi sebagai amatur saya perlu tunjuk setiap hasil kerja saya yang pertama sahaja. yang dah no 2, 3 dan seterusnya tu tak yah la kot. Untuk panduan dan kenangan diri sendiri. hihi... Oklah ini nama dia cream puff. Dah lama bercita2 nak buat, hampir setahun baru tercapai cita2 tu. Rupa memang sangat la buruk, size memang out sangat dah. Tapi saya bangga juga sebab berjaya membuat inti kastard sendiri! inti kastard mmg feveret saya dan adik saya. Lupa lak nak amik gambar kastardnya. Next time la ye. Oh ye buat ni sebenarnya bagi kat adik sebelah rumah buat kenduri yassin masuk rumah baru. Itu yang rupa agak comel2 takut ada yg x dpt makan. hehe...

Resepi cnp dari tokey myr la kak yani. Terima kasih banyak2. tanpa myr saya x pandai masak. hehe.. (tp kdg myr tu susahnye nak bukak).

Bahan-bahan

  • 100ml air
  • 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
  • 60g tepung gandum- diayak
  • 2 biji telur

Cara-cara

  1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih bercampur.
  2. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
  3. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
  4. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
  5. Masukkan telur, kacau cepat-cepat
  6. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang .Anggaran diameternya ialah 5cm.
  7. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
  8. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
  9. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.
  10. *UPDATE* Boleh juga guna cara ni. Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer.
Cream Custard Honey Myr (terima kasih)

Bahan-bahan
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar gula
  • 200cc(1 cup) susu segar
  • 1 biji telur (L size)
  • 1 sudu besar mentega
Cara-cara
  1. Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
  2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
  3. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
  4. Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.
  5. ** Perhatian: Kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur tu dengan 2 biji telur kuning.
  6. *(Saya masak atas dapur gas, masukkan semua bahan, kacau hingga pekat)

No comments: