Monday, April 12, 2010

Kek Oren Sunquick

Minum petang dengan kek oren nih. hehe.. act. keknya hangus sikit, tapi rasa sedap dan gebu. Sebab first time buat kene letak kat sini. hihi.. Resepi ikut kek biasa cuma ubah rasa letak pati oren sunquick. Ramai jugak yang buat guna sunquick ni, biasa guna perahan buah oren, tapi sebab tak ada guna pati sunquick je. Boleh cuba resepi yang mudah ni. :)

Bahan-bahan,
125 g butter
120 g gula
2 biji telor
150 g tepung gandum
1/2 sk baking powder
1/2 sk soda bikarbonat
100ml susu segar
50ml pati oren sunquick

Cara-cara
- Pukul butter dan gula hingga kembang
- Masukkan telor sebiji2, pukul rata
- Masukkan tepung yang diayak bersama bahan2 lain
- Gaul sebati dan masukkan dalam loyang
- Bakar 40 minit suhu 180C

No comments: