Sunday, April 11, 2010

Hari Pertama Haziq ke sekolah

Ini dia budak umur 3 tahun nak pegi sekolah. Haziq mula mendaftar 8 April tempohari. Boleh pulak dia nak bergambar tegak kat kubur tu. huhu..
Teruja pada hari pertama. Sesi baru bagi persekolahan di Jepun adalah bulan April. Kalau di Malaysia awal tahun. Batrisya naik kelas terakhir sebelum masuk ke sekolah rendah April tahun depan.
Batrisya ikut jugak. Semester ni dah tukar sensei.
Botol susu tak lepas tu. Kat sekolah minum susu kotak je nanti.
Dengar taklimat oleh guru besar. hehe..
Persembahan kat depan tu. Kelas Haziq ada 19 orang.
Masa taklimat ibu bapa, kanak2 duduk tengok Anpanman. Haziq yang berdiri tu.
Kelas Haziq. Hari pendaftaran semua ibu bapa pakai kot yang kemas dan cantik2. :)
Sensei Haziq bagi taklimat untuk kelas pulak. Semoga Haziq gembira kat sekolah nanti. Jumaat hingga Khamis ni sesi persekolahan selama 2 jam (9-11 pagi) selepas itu 9-2 petang. Mama dah start kene buat bento untuk 2 orang lepas ni. :)

3 comments:

Don & Nor said...

tahniah haziq dah g skolah.
pasni pandailah ckp nihon...

Idayu said...

lerrrr..bwk botol susu gak ker haziq?! kwang3x...

Asmara said...

Nor, hehe.. dia minat sangat nak berkawan dengan orang.

Kak ayu, haha... mmg tak lepas botol dia tu. tak tau la camne nanti 5 jam kat sekolah.