Saturday, April 24, 2010

Daging masak halia

Dapat resepi baru yang senang giler dari kakak ku! tq2 angah.. tgh chating2 kat skype, biasa la mesti tanya masak apa hari ni, beritahu daging dah kuar x tau nak masak apa. Dia la cadang masak ni. uh sedap dan senang je, x yah blend ke tumbuk ke, semua hiris. Share gak la resepi dia. :)

Bahan-bahan,
Daging
1 biji bawang besar (hiris)
3 biji bawang putih (hiris)
2 inci halia (hiris)
3 biji cili padi (hiris)
1 batang serai (ketuk)
1 sudu kicap
1 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
Air rebusan daging
Cuka (kalau suka), garam dan gula sesedap rasa
Tomato dan celery (xde stok lak)

Cara-cara,
- Rebus daging, potong nipis2
- Goreng sebentar dalan minyak sedikit
- Tumis bahan2 lain yang dihiris2 hingga layu
- Masukkan daging dan bahan perasa
- Kalau nak berkuah boleh masukkan air rebusan daging.
- Masukkan tomato dan celery
- Siap

2 comments:

~ yus ~ said...

Kalau resepi ni kak yus pun selalu buat As. Dari kat UK lagi, mmg sedap dan mudah kan...hehe.Tapi kalau kak yus cili api kena lebih sikit, 3 biji tak cukup tu..huhu

Asmara said...

Kak yus, hihi.. kita selalu wat mcm masak kicap je, cili padi mmg tak laku kat rumah ni kak. tengok la kene buang semua biji, tinggal kulit cili je tu. mmg x pedas aa.. hihi..