Friday, April 23, 2010

Apam Tepung Beras

Jalan2 blog kak Maria tadi, tengok ada kuih apam, mulut tu dah terasa2 nak makan. apalagi terus masak nasi sebab kene guna nasi, pastu kene peram pulak 3 jam. Dah lama cita2 nak buat kuih apam ni sebab tepung beras yang beli tak guna2 pun, sekali je guna masa buat kuih lapis taun lepas. hehe.. oh ye mangkuk kecik2 xde so gunalah mangkuk atas tu, senget benget kuihku.. xpe yg penting jadi dan sedap! makan dgn kelapa kering yang dibancuh dgn garam dan susu segar suam. Lega.. ala2 ngidam plak nih. hihi..

Resepi cnp dari blog kak maria. Tq kak. oh ye saya x pakai eno pun sebab takde. tapi rasa sedap jugak. :)

Bahan-bahan:

* 1 cawan nasi
* 2 cawan tepung beras
* 1 cawan gula putih
* 1 1/4 cawan air
* 1 sudu kecil yis
* sepeket kecil eno (takde)

Caranya:
Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan sugar, tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap lebih dari 3 atau 4 jam. Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan (warnakan kalau suka) dan biar sebentar. Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil dan kukus selama 15 hingga 20minit dengan api kuat. Boleh di makan dengan kelapa parut yang dikukus sebentar dan digaul dengan sedikit garam jika suka.

No comments: