Sunday, March 21, 2010

Baked Spaghetti Meatballs

Resepi asal meatballs in tomato sauce, tengok dari blog ijan, kak hana dan ita pun ada buat jugak. Tapi kita wat bakar sekali ngan spaghetti tu. Senang nak makan terus je amik dari mangkuk. hehe..
Dah siap dibakar. Resepi cnp dari kak hana asalnya dari Jamie Oliver. Tq ye share resepi. :)

Bahan-bahan
  • Untuk meatballs
  • 500 gm daging lembu kisar
  • 1/2 teaspoon serbuk jintan manis
  • 1/2 teaspoon serbuk ketumbar
  • 1/2 teaspoon serbuk cili
  • 2 genggam breadcrumbs
  • 1 telur
  • 1 tablespoon daun oregano kering/fresh
  • 1 tablespoon daun rosemarry dicincang - xde
  • garam
  • 1 teaspoon serbuk blackpepper
  • Untuk tomato sos
  • 1 tin tomato cincang
  • 1 biji bawang besar di cincang
  • 1 bawang putih dicincang
  • 1 teaspoon daun oregano kering
  • garam
  • Untuk dibakar
  • mozarella cheese
  • grated parmesan
Cara-cara
  1. Sediakan meatballs: Campur semua bahan dalam bekas besar. Gaul sebati. Bentuk2 kan meatballs sebesar bola tenis sehingga habis. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak (kite guna dlm 5 camca besar) dan goreng semua meatballs sekaligus. Goreng lebih kurang 5 minit on all sides.
  2. Sediakan sos tomato: Panaskan sedikit minyak dlm kuali/periuk. Goreng bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan tomato, oregano dan garam. Gaul sebati dan biarkan mendidih. Tutup api.
  3. Pindahkan sos tomato ke dalam bekas yang sesuai untuk di masukkan dalam oven. Susun meatballs di dalam sos tomato tersebut dan taburkan mozarella dan grated parmesan cheese di atasnya. Bakar pada suhu 220′C selama lebih kurang 15 minit atau sehingga bahagian atas nya bewarna kekuningan. Siap
  4. *Saya letak spaghetti dulu pastu curah sos tomato, susun meatballs, tabur mozarella dan grated parmesan kemudian bakar suhu 220C selama 20 minit.

4 comments:

biGMama said...

kk ude, kite copy paste jer resepi kk ude. klu kenyang pun jd lapo tgk gmbr ni..

Asmara said...

Cinak, hehe.. boleh je kite pun cnp gak. :)

Adlina Husaini said...

nampak menarik, saya pun nak buat petang ni insya allah for iftar..bukak blog kak hana juga tadi.

tapi saya maleh nak buat meatball tu, saya nak tukar ngan nugget je hihihi

salam ziarah ^_^

Little Puteri said...

salam.. minta resepi yer :)
http://littleputeri.blogspot.com/