Gambar pun express je, asal ada buat kenang2an. hehe.. resepi amik kat myr dari fendi. Terima kasih share resepi. Buat hangus sikit, mmg sedap lebih rangup di luar, dalam nya lembut sangat.
Bahan-bahan (18 cm)
*Karamel Epal*
1 biji epal
30g gula halus
sedikit serbuk kayu manis (optional)
*Kek*
50g gula halus
secubit garam
2 biji telor
150g tepung
1 sudu kecil baking powder
50ml susu segar
90g mentega dicairkan
Cara-cara
- Kupas kulit epal. Buang biji dan potong dalam 3-5 cm atau ikut suka.
- *** Buat Karamel: Letak gula atas api. Bakar sehingga jadi karemal. Kemudian masukkan epal. Biar sehingga epal lembut atau air kering. Padamkan api.
- Masukkan gula, garam ke dalam mentega yang telah dicairkan. Kacau sehingga gula hancur.
- Masukkan telur satu persatu. Pukul sehingga berbuih.
- Masukkan tepung yang telah diayak dengan BP . Kacau sebati
- Campur susu. Kacau biar sampai lembut/sebati
- Masukkan karamel epal tadi. Kacau sebati
- Tuangkan ke dalam loyang. Bakar pada suhu 170 degree selama 40-45 minit
- Bila dah siap boleh wrap dgn plastik wrap. Dah sejuk boleh simpan dalam peti ais.
No comments:
Post a Comment