Monday, November 30, 2009

Puding Roti Cornflakes

Saja buat ni sikit sebab nak perabiskan kulit2 roti yang budak2 ni tak makan. Sayang pulak nak buang kulit roti tu kan. Last2 try wat puding roti ni, letak cornflakes sikit mmg sedap. Main agak-agak je sukatannya. Lagi sedap mkan dengan kuah kastard atau susu. Boleh la makan untuk supper atau minum petang. Resepi sendiri je.

Bahan-bahan

Kulit roti/3 keping roti
2 biji telor
1 cawan fresh milk
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat manis
1/2 cawan cornflakes (hancurkan sedikit)
1 sudu kecil esen vanilla
Kismis

Cara-cara
- Blend semua bahan kecuali cornflakes dan kismis hingga sebati
- Masukkan cornflakes gaul rata
- Masukkan dalam loyang
- Taburkan baki cornflakes sedikit dan kismis
- Bakar pada suhu 180C selama 30 minit atau hingga masak.

2 comments:

blogresipi said...

Cedapppnye nampak puding tue... nampak moist pulakkk! tak pernah letak cornflakes lagi. Macam best jugak idea nie...

Asmara said...

Ijan, kita buat dia mesti boleh punya. jadi tak jadi je la.. hehe.. tp biasa mesti sedap!