Sunday, November 1, 2009

Nasi Daging

Tengok Ijan buat nasi daging macam teringin gak nak buat. Bahan dan cara buat pun senang sangat, so teruskan projek. Memang senang, cepat dan mudah. hehe..
Daging tu masak sekali ngan nasi, biar mesra, tp sikit liat, mungkin masa rebus tu tak lama. Daging cicah air asam cili padi, mmg best. Pastu ulam timun dan mayonis. Masakan yg senang time2 malas nak main ngan air waktu2 sejuk nih. CNP resepi dari myr. Tima kasih tuan punya resepi.

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 1 kilo beras Basmathi (guna 4 cawan beras)
  • 1/2 kilo daging
  • 1 bungkus rempah sup bunjut Adabi
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • 1 inci halia
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • Sedikit mentega/ minyak sapi
  • 1/2 cawan tomato soup
  • 1 cawan susu cair
  • sedikit garam

Cara-cara

  1. Rebus daging bersama rempah sup bunjut Adabi, rempah kurma dan sedikit garam.
  2. Pastikan daging empuk. Simpan air rebusan daging untuk masak nasinya.
  3. Basuh beras dan toskan.
  4. Tumis halia, kulit kayu manis dan buah pelaga didalam periuk nasi hingga naik bau.
  5. Masukkan beras dan kacau sekejap.
  6. Masukkan air rebusan daging. Kalau beras (disukat) satu mangkuk pastikan air rebusan juga satu mangkuk.
  7. Bila beras sudah agak kembang, masukkan tomato soup dan susu cair. Kacau dan biarkan nasi masak.
  8. Hidangkan Nasi daging dengan air asam (tomato, bawang besar, hirisan cili merah, air asam pekat, perahan limau kasturi, sedikit belacan, garam dan gula sesedap rasa) dan daging yang telah direbus tadi.

4 comments:

Idayu said...

salam as,
wah rajin nyer msk memasak! dh mcm food blog dh nih hehe.anyway ns dging nih mmg sedap, baru first time merasa arutuh...senang hati,senang perut la cik abg awak yea...syik mkn sedap2!

E-na Zarina said...

rajin betul as ni masak dlm2 dok bawa perut pun yek...suka la cik abang yekk

blogresipi said...

Sedappp kan... kite pon rasa cam nak makan lagi je... hehe

Asmara said...

Kak Ayu, hehe.. hari2 masak, bukan food blog, simpan buat rujukan sendiri nnti. kak ayu apa kurangnya, testing memasak je la kita duk merantau nih.

Kak Ena, makan totap kene makan kak. haha... resepi je pening pala tiap hari pikir nak masak apa.

Ijan, tengok blogresepi untuk rujukan masak apa tiap hari. hehe.. jgn mara aa resepi sama je nanti. haha..