Tuesday, October 6, 2009

Open house 105 Kopo Haga

Hari Ahad lepas dapat jugaklah buat open house. Penat tau minggu tu. Sabtu dah siap masak2 sebab sekolah Batrisya buat sukan hari Ahad (patutnya Sabtu). Balik je sukan terus kemas2, siap2 apa yg patut. Sebab dah jemput orang kene buat jugaklah.
Pepegi Ahad dah siap buat kek. Kali ni buat carrot cake, topping tu guna cream cheese, margerin dah gula saja. Yang kelakarnya konon2 nak buat kaler orange, terus jadik kelabu, salah combination kaler. haha.. last2 lebihkan kaler merah jadik la ala2 purple. Frust punya pasal deko pun mcm hampeh. hihi..
Kuih raya Ieji sponsor ada juga kuih raya lain, x sempat gambar.
Menu haritu Nasi Tomato (lupa amik gambar). Atas tu ayam masak merah, lepas amik gmbr baru letak hiasan. Ini semua kes bz sesangat la x sempat nak amik gambar cecantik.
Nasi impit yang dipotong oleh anak2 dara dan kuah kacang serta timun (xde gambar).
Puding roti yg dibuat tengah2 malam dan juga dipotong oleh anak2 dara nih.
Daging kandar yang salah beli daging, boleh plak terbeli beef with bone. haiyaa!!
Acar juga dipotong oleh adik2 pompuan yg rajin membantu. Akak bagi B- untuk size potongan. hehe..

Dan juga menu utama Sate ayam dan daging! Inilah yang ditunggu oleh bebudak ni semua. Tak sempat bwk masuk dlm dah habis separuh kat luar nih.
Bakar sate kat tepi rumah je. Kedudukan rumah kami amatlah strategik, lepak ramai2 pun masih muat lagi dan boleh gak berBBQ dan sebagainya. :)
Semua budak2 undergrad yang duduk sini ada, kecuali sorang yg belum balik. Maklumla kami la satu2nya family yg ada, open house rumah kami la yg ditunggu2 budak2 nih. Seronok bila semua makanan habis licin. Lain kali kene buat extra lagi! Terima kasih untuk adik2 yang rajin membantu dan dtg rumah kami. :)