Monday, October 26, 2009

Moist Chocolate Cake

Coklat kek kali ini try resepi dari Ita, memang moist sangat dan sedap. Sukatan bahan pun senang je. Kalau family kecik boleh buat separuh adunan, sebab buat ni mmg dapat banyak. Act, terpaksa tambahkan masa bakar tu sebab tengah dia x masak (maybe guna loyang size kecik kot). Ok Yan jgn lupa cuba yg ini tau mmg sedap. :)

Bahan-bahan
  • 2 Cawan tepung gandum
  • 2 Cawan gula halus
  • 1 Cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil bircabonat soda
  • 1 Biji mentega (250gm)
  • 4 biji telur
  • 2 Cawan susu coklat (dlm kotak atau botol)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara
  1. Campurkan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan bircabonat soda, ayak tinggi.
  2. Pukul mentega dengan gula halus.pukul sampai kembang kemudian masukkan telur satu persatu hingga sebati.
  3. Masukkan pula susu coklat, pukul sehingga sebati.
  4. Bubuh esen vanilla.
  5. Masukkan tepung, kacau adunan sehingga sebati.
  6. Masukkan adunan kek ke dalam loyang yang telah dilapisi kertas minyak yang disapu mentega. (saya x guna kertas minyak cuma sapu mentega kat loyang je)
  7. Bakar 180ΒΊc selama 45 minit, jgn terlalu lama..nanti tak lembab.
Untuk topping/ganache tu buat sendiri je guna coklat bar, margerin sesudu dan fresh milk. Agak2 jangan terlalu cair atau pekat. Sebab kalau guna coklat masakan tu cepat sangat kerasnya. Selamat mencuba!

6 comments:

E-na said...

Sedapnya! Nak sepotonggggg...

yan said...

as, kira ni sukatan separuh ker satu adunan. klu separuh adunan loyang berapa inci tu???

Asmara said...

Kak Ena, meh datang sini.. hehe..

Yan, resepi tu satu adunan. untuk ko aku cadangkan buat separuh adunan je la. aku pakai loyang biasa je yan. x ukur plak brapa inci. ko agak2 tengok size kek aku tu. hehe.. act loyang aku tu kalo satu adunan penuh jadik tinggi la kalo separuh kek rendah sikit. tu je beza. :)

QasehSuci said...

ish² kak as...semlm kak rat call...dia terus la ckp nk gi beli kek....kak as klu balik m'sia buatkn utk jaja eh..hehe tq

Asmara said...

Jaja, boleh sangat la kalo untuk ko. confirm mmg akak buatkan. hehe.. tp tunggu ai balik la ye. :p

Anonymous said...

Yes if the truth be known, in some moments I can bruit about that I approve of with you, but you may be considering other options.
to the article there is still a definitely as you did in the fall efflux of this request www.google.com/ie?as_q=best firewall 2007 aio ?
I noticed the utter you have not used. Or you functioning the dark methods of inspiriting of the resource. I suffer with a week and do necheg