Thursday, October 29, 2009

Ayam Bakar Lemon dan Nasi Minyak

Dah lama nak cuba bakar ayam sekor2, hari ni berjaya jugak membakar seekor ayam tanpa potong2. hehe...
Suka sebab ayam tu mmg terbakar elok je dalam oven. baru tahu suhu kene tinggi sikit baru la boleh nampak hangus2 tu. Selama ni dok bakar apasal la ayamku tak terhangus2.
Makan dengan nasi minyak dan sambal tomato. Masak ni sebab stok sayur dah abis kat rumah, tapi mmg sedap ooo.. lagi2 ayam tu rasa manis + masam2 lemon. Resepi campur2 ikut bahan yang ada kat rumah je.

Nasi Minyak

Bahan-bahan
4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.

Cara-cara
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu.*
2. Masukkan beras, air dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.
* Masukkan kismis dan gajus (stok tak ada)

Ayam Bakar Lemon

Bahan-bahan
1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil dry oregano
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil rempah kari
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat
4 helai daun limau purut - dihiris halus
2 sudu besar madu
Garam secukup rasa

Cara-cara
1. Gaul rata ayam dengan semua bahan-bahan di atas. Perahkan lemon atas ayam.
2. Perapkan dalam 15 minit.
2. Kemudian susun hirisan bawang besar dan kulit lemon atas ayam tadi.
3. Bakar pada suhu 250'c dalam oven microwave/oven grill selama 1 jam.

6 comments:

k.e-na said...

mengancam ayam tu yek...sedapnyaaaaa

Liany said...

thanks for sharing this recipi...nanti saya akan coba di rumah..salam kenal dari sumatra...nice blog..visit my blog also @ http://jendela-jiwaku.blogspot.com...

Two Hands Caricaturist said...

Wow! Looks very delicious!

酒店經紀ㄚ君姐姐 said...

I'm appreciate your writing skill.Please keep on working hard.^^

Mrs Azuhaizat said...

sedapnya..nanti akak nak cuba la resepi awak ni asmara..

Asmara said...

Kak ena, mesti cuba tau!

Liany, salam kenal. terima kasih.

Two hand, tq.

Kak Atie, resepi senang tu je kak. x yah nak perap lama2 pun. semua campak2 je tu pastu bakar. mmg sng la..hehe..