Sunday, August 30, 2009

Kuih Deram

Kuih deram atau ada yg panggil kuih telinga keling. hehhe.. kelako plak nama tu. Kuih ni x buat pun cuma ada sekali dlm kotak yg dihantar tempoh hari. Sedap ooh.. dah lama x makan, jadik menu berbuka la ni. Resepi dia kalo tengok guna tepung beras dan gula merah, nampak mcm senang tp lom nak try buat lagi.

Hari ni cuaca sejuk amat. Dah masuk autumn agaknye. Tengok berita kata taufan nak dtg. isk2.. patut le angin kemain kuat meniup hari ni. Rasanya mcm boleh kira ngan jari je berapa kali panas kat sini. Nama je summer tp totap sejuk. Suhu sini time summer dlm 25-28C je. Penah gak sekali dua jejak 30C. Itupun kejap je, ptg dah sejuk balik. x larat le makcik nak main air sejuk2 nih. Melambung lg la bil gas nih nanti. hehe..

*update resepi kuih deram:
Sumber: Delila

Bahan-bahan
  • 250 g tepung beras
  • 250 g tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 2 cawan air
  • 1 1/2 cawan gula apong (gula melaka)
  • Minyak yang banyak utk menggoreng
  • Sedikit garam
Cara-cara
  1. Ayak tepung gandum dan tepung beras bersama.Masukkan gula pasir dan gaulkan.
  2. Larutkan gula apong dan garam dengan air.Masukkan ke dalam adunan tepung.Adunkan.Biarkan 30 minit.
  3. Panaskan minyak dengan api yang kecil.Canai adunan tepung dan terapkan bentuk kuih peneram (acuan ada jual). Goreng hingga timbul dan sentiasa balik-balikkan utk masak sekata.
  4. NOTE : kalau masa nak menerap tu adunan melekat, taburkan sedikit tepung gandum pada tempat mencanai, acuan dan tangan.

*lagi satu resepi
Sumber: KakFiza
Bahan-bahan
  • 1 kilo tepung beras (cap gajah)
  • 800 gm gula merah
  • 50 gm @ segenggam tepung gandum
  • minyak utk menggoreng
Cara-cara
  1. cara masak air gula: masukkan gula merah dalam periuk dan letakkan air sama paras dgn gula tadi.masak hingga mendidih dan agak pekat sedikit.
  2. angkat dan tapis air gula tadi.
  3. campurkan tepung beras dan tepung gandum dlm satu bekas.curahkan air gula yg masih panas sambil di kacau dgn sudip.Jgn curah sekali gus,curah sedikit2 sambil dikacau hingga rata.
  4. adunan tadi perlu diperap semalaman .
  5. 4 @ 5 jam check adunan..adunan akan keras sedikit,cuma tambahkan 1/2 @ 1 cwn air panas dan uli hingga lembut. perap semula.
  6. cara menggoreng:ambil adunan sebesar guli dan letakkan atas sekeping plastik,leperkan sedikit.guna lidi atau chopstik utk bulatkan di bhgn tengahnya.
  7. angkat dan goreng dgn api perlahan.
  8. semasa menggoreng kuih ini akan kembang sedikit dan timbul di permukaaan minyak.setelah masak angkat dan toskan minyak.
  9. sesuai di hidang utk seisi keluarga dan pada hari raya...

8 comments:

NorNaza said...

sedap kuih telinga keling ni..hehe. Mentang2le kuih tu itam sampai mcm tu namanyer..ish..ish..memang peberet kak nor kuih ni

Anonymous said...

Sini pon dh hampir autumn dah... hilang summer rasa cam tak best dah..sejok kang nk kuar pon malas..berlingkor jadik ulor jer ler.heheh

Asmara said...

Kak Nor, sedap kan kuih ni. ada jugak patern yg banyak2 lubang, yg ni kecik2 je.

Ijan, tu la time summer kemain best jenjalan, bila dah sejuk2 ni mmg malas le nak ke mana2. Duk umah gak yg best. hehe..

Unknown said...

salam kak...
Sy alia.sy nk cuba buat kuih ni..tp de lgi satu resipi tu suruh tinggal semalaman..perlu ke kak?
Sy duk uli tp mcm xjd je kak...bazir dah tepung nye

Asmara said...

Salam Alia. Saya minta maaf sebab saya pun tak pernah buat. Boleh rujuk pada tuan resepi asal kuih ni. Banyak jugak saya baca yang cuba buat tapi tak menjadi. Kalau pertama kali cuba rasanya kene buat dalam kuantiti yang sedikit agar tak membazir kalau silap teknik. Mungkin perlu guna air panas yang mendidih. Saya pun terjbgin nak mencuba tapi bahan tak ada di jepun. Selamat maju jaya. Resepi saya simpan di sini untuk rujukan satu hari nanti. :)

Unknown said...

So far sy dh try buat 4x..alhamdulillah..practice make perfect.kali ptame pn je tong smph..gne resepi perap semalaman..kali ke 2-4 mnjadi dgn jayanye..moral of the story yg memainkn pranan adlh kpanasan myk..

Anonymous said...

Nk tau doh jd ke x..klu after tuang air pns doh tu mcm ade glembong² jd la tu..n xperlu perap smalaman pn blh sy perap 4j jer n ade gak resepi perap 1/2 jam..perap mkin lme sbnrnye kyih mkin sdp sbb gula dh btl² sbati dgn tpg..

Anonymous said...

Nk tau doh jd ke x..klu after tuang air pns doh tu mcm ade glembong² jd la tu..n xperlu perap smalaman pn blh sy perap 4j jer n ade gak resepi perap 1/2 jam..perap mkin lme sbnrnye kyih mkin sdp sbb gula dh btl² sbati dgn tpg..