Thursday, August 13, 2009

Kek Marble

Lama dah teringin nak mencuba buat kek marble. First time tau buat marble nih. hehe.. rasa bangga plak mcm jadik nih..
Rasa mmg rasa kek marble la, buat pun senang sangat. Ikut resepi dari nurfatim myr, terima kasih share resepi, saya buat setengah adunan je. Sekarang Jepun tengah cuti panjang. Nak berjalan hujan plak, highway pun jammed. InsyaAllah ada rakan2 yang nak dtg berkunjung ke sini nanti. Selamat datang ye!

Resepi

Bahan-bahan ( 1 adunan )

  • 300 g butter
  • 300g gula caster
  • 320g tepung gandum
  • 5 biji telur (grade B)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 cawan susu segar

Cara-cara

  1. Beat butter ngan gula sampai kembang.
  2. Masukkan telur 1, per 1.
  3. Masukkan tepung yang diayak ngan baking powder berselang seli ngan susu. Kalau nak marblekan dia, bahagi lah berapa kaler nak, pastu marblekan je lah.
  4. Bakar suhu 160C untuk 1 jam. (Saya bakar 180C untuk 45 minit)

2 comments:

blogresipi said...

Kite! kite! nanti kite datang nak makan kek marbel tuh ek.. simpan jgn tak simpan!!! heheh

Asmara said...

Ijan, jom2 jemput2 makan mmg simpan untk izan sikit sama mcm dlm gambar tu. hehe...