Wednesday, July 1, 2009

Laksa Pahang

Teringin makan laksa plak dah. Ingat nak buat laksa penang tp asam keping x cukup plak, carik resepi laksa lain, jumpa yg ini nampak senang sangat terus la mencuba. Walaupun hubby org pahang tp bila balik pahang x penah plak makan laksa nih. hehe... Sedap gak kata hb mcm laksa kelantan (laksam kot). oh ye ke.. Resepi cnp dari junjs11 myr cuma ikan tu je guna 2 tin ikan mackerel dlm tin dan ada letak tahu sikit. Paling best bila suami dan anak2 suka makan. :)

Bahan-bahan ( 4-6 orang )
  • 6 ekor ikan kembung-rebus ngan 2 asam keping, ambik isi n kisar, simpan air rebusan ..
  • 6 biji bawang merah-kisar
  • 2cm halia-kisar
  • 2 batang serai-kisar
  • 1 sudu teh lada hitam-kisar
  • 2 asam keping
  • garam n gula
  • santan pekat
  • bahan sampingan:-
  • kacang panjang-hiris
  • bawang besar-hiris
  • taugeh-celur sket
  • timun-hiris
  • sambal belacan (cili kering ditumbuk bersama belacan sket)
  • 1 paket laksa-rebus n tos
Cara-cara
  1. panaskan santan n sedikit air rebusan ikan tadi. masukkan semua bahan kisar n asam keping. masak hingga mendidih.
  2. masukkan garam n gula secukup rasa.
  3. letak laksa didalam mangkuk, masukkan ulam2an n tuang kuah diatasnya.