Monday, June 29, 2009

Masalodeh

Kalo pegi pasar malam kat mlk mesti beli kuih ni kat aci yg jual tu. Memang sedap dia buat, beli ngan org lain x sedap kdg tu keras la x cukup rasa la. hehe.. apa la aci tu letak. tapi dia goreng kat situ gak makan dengan cili hijau tu mmg sedap ooh. Puas gak cari resepi nama kuih x tau, last2 jumpa gak kat myr tu, cnp dari Insya Irfan, terima kasih ye share resepi. Kuih ni rupa pelik sikit xpe first time cuba lagi satu terlupa nak letak bawang. haha.. xpe la next time buat cecantik. Blend kacang tu kene hancur kot baru leh dibentuk bulat2. Lepas gak ngidam nak makan kuih nih.

Bahan-bahan ( Dalam 6-8 biji )

  • 2 genggam kacang dal - direndam semalaman
  • 1/2 bii bawang besar-didadu
  • Cili padi/cili kering/cili merah/cili hijau-dihiris
  • Daun kari -dihiris
  • 1/2 kiub pati ikan bilis
  • 1/2 sudu kecil jintan manis-ditumbuk kasar
  • 1/2 biji telur
  • secubit tepung ubi -untuk melekatkan adunan, jangan banyak sangat, nanti liat, tp kalau adunan dh agak boleh dibentuk, tak payah letak tepung ubi pun takpe..

Cara-cara

  1. Kacang dal ditumbuk atau kisar -jangan letak air.Kalau tak hancur sume pun takpe.
  2. Dalam satu bekas, campurkan kacang dal, bawang, daun kari,cili serbuk ikan bilis, jintan manis, telur, tepung.
  3. Perasakan dengan sedikit garam dan aji. Jangan risau kalau rasa adunan tu pahit sikit, nanti goreng ok lah dia.(garam jangan banyak sbb serbuk pati ikan bilis dh masin)
  4. Gaul rata bancuhan dan kepal2 kan. Bahagi kepada 6 atau 8 biji
  5. Ambik satu biji, kepal2 biar padat dan goreng dalam minyak panas. Semasa menggoreng biar bahagian bawah garing dulu baru terbalikkan, kalau tidak kuih ni cepat berderai. Goreng hingga garing/masak.