2/3 hari ni badan mmg tak berapa sihat. Tapi mengenangkan dah janji nak jemput rakan indonesia makan di rumah jadi hasrat diteruskan. Rakan sekeluarga ni akan berpindah ke daerah lain di negeri Jepun. Mereka dah 8 tahun bermastautin di sini. Berpindah kerana mencari kemudahan asas yg ada untuk org Islam. Sedih juga sebab baru la nak berkawan2, tp sudah pindah. Kesian juga kakak ni tak berapa sihat, baru keluar hospital kerana sakit buah pinggang dan perlu rawatan selanjutnya. Oh ada 10 orang Indonesia yg dijemput termasuk anak2.
Sibuk punya pasal mmg terlupa langsung nak bergambar, lepas diorg pulang baru la amik gambar yg tinggal sisa. hehe.. Masakan simple untuk lunch, ayam masak lemak, sambal sotong, ikan goreng tempura, ikan kering, sambal belacan, timun, sayur goreng dan tauhu sumbat goreng (dibawa oleh Dhani). Dessert pun simple je, kek batik coklat, kek epal (dibawa oleh kak Esti), fruit cocktail dan popia. Kenyang perut Alhamdulillah. Semoga dapat bertemu lagi dengan kak Esti, Pak Herodi dan anak-anak.
No comments:
Post a Comment