Tuesday, June 9, 2009

Happy Buffday Papa!!

Alhamdulillah bertambah umur papa hari ni. Tapi hari ni mama bz pagi petang kelas tak sempat nak masak beriya sangat. Sempat buat kek je, itu pun mmg laju giler.. hehe.. pastu nak hias dah semput idea dah. last2 mcm tu je rupanya. haha.. lagi 15 minit nak gi kelas tu masih sibuk nak hias kek. Amik gambar sikit pastu makan sikit terus cabut pegi kelas. huhu.. (balik kul 9 mlm budak2 dah tido, terpaksa potong gak ptg td).
Anyway selamat ulangtahun untuk papa, kami semua sayang sangat kat papa, terima kasih jadik papa yg sangat baik utk kami. Semoga papa berjaya meneruskan perjuangan di sini, kami sentiasa akan berada bersama-sama hingga ke akhirnya. InsyaAllah.. Semoga semua urusan dipermudahkan oleh Allah SWT. Amin..

Buat kek coklat lembap, resepi kek c&p dari myr try kak hana punya resepi. hehe.. tq ye kak hana!

Bahan-bahan ( size loyang 18cm )

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cwn serbuk koko van houten
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 kotak susu coklat (250ml)/ saya guna fresh milk
  • 2 biji telur (size M)
  • 1 cawan gula halus
  • 1/2 cawan butter
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan minyak masak n esen vanila
  • TOPPING
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan serbuk koko van houten
  • 2 sudu besar butter
  • 2 sudu besar susu segar
  • *note: saya guna coklat masakan yg dicairkan (double boil)

Cara-cara

  1. Pukul telur,gula dan butter sampai kembang.Kemudian titiskan esen vanila.
  2. Ayak tepung, serbuk koko dan baking powder.
  3. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur.Kaup balikkan.
  4. Masukkan susu kotak,susu pekat,minyak dan gaul sebati.
  5. Masukkan dlm loyang yg telah dilengser minyak/marjerin. Tutup dengan aluminium foil..Then kukus 45min...Dah masak sejukkan.
  6. Utk topping...campurkan semua bhn dan masak secara double boiler.
  7. Curah atas kek dan hiaskan.