Wednesday, May 13, 2009

Tribute untuk Emak..

Rindu kat emak. Selamat hari ibu untuk emak tersayang. Pn. Hjh. Dayang Nong binti Pengiran Hj Morni. Terima kasih atas segala pengorbanan yang dilakukan. Emak tidak boleh bertukar ganti. Semoga emak sentiasa dilindungi Allah SWT.

Juga untuk emak mertuaku, Pn. Kamsiah Harun, terima kasih atas segalanya. Kami sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan untuk emak.

Note: aku tak pandai bermain kata2. Tapi sememangnya dua emak ini amat besar jasa dan pengorbanan mereka. Bukan senang nak jadik emak, nak memastikan anak2 menjadi manusia yang berguna. Kasih sayang kami kepada mereka tiada penghujungnya. Ya Allah berikanlah keberkatan dan kemuliaan kepada emak yang telah melahirkan kami. Amin..

Note lagi: Aku takde gambar terkini, puas godek2 gambar2 dlm komp, ini saja yang ada. Tapi dua2 emak aku ni tetap maintain badannya termasuk la abah2. Kitaorg pun heran ikut sape la saiz badan nih. hehe..