Tuesday, May 12, 2009

Kek Pisang Yogurt

Buat kek pisang plak kali ni. Kek yang ni test letak yogurt. Kalo ikut resepi orang lain ada yang letak fresh cream. Sedap ada rasa masam2 sikit.
Resepinya main agak2 je pakai sukat cawan. Maklum le takde penimbang, tp ok je jadik gak kek. hehe..
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
2 bijik pisang (size besar)
4 sudu butter
2 biji telor (size L)
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu lemon juice
3 sudu yogurt
Cara2
- Pukul butter, gula, telor kuning sampai kembang
- Campur tepung dan lain2 tu (gaul pakai sudip kayu)
- Campur pisang yg dah dilenyek
- Pukul telor putih sampai kembang
- Campur dalam adunan
- Last sekali masukkan yogurt
- Bakar suhu 160C selama 30-35.
Siap dimakan.