Saturday, May 23, 2009

Tiramisu

Tiramisu ni mmg dah lama sangat nak cuba buat, akhirnya hari ni baru dapat buat. Biskutnya dah lama beli tp whipping cream yg takde tu yg terbantut je nak buat.
Tapi bila buat terlembik la pulak biskutnya (jgn rendam lama dlm air nescafe). hehe.. creamnya kemain banyak, satu lagi bekas yg digunakan tu besar sangat. Ada jugak orang buat guna kek, x pe next time buat try guna kek plak.

Bahan-bahan
2 bungkus biskut tiramisu/finger
250g cream cheese
200g whipping cream
1/2 cawan gula halus
1 cawan air nescafe (xde gula)
serbuk coco untuk hiasan

Cara-cara,
Campurkan cream cheese, whipping cream dan gula.
Pukul hingga kembang dan sebati.
Celupkan biskut (sebungkus) dalam air nescafe.
Susunkan biskut dalam bekas.
Tuang separuh adunan cream.
Buat lapisan kedua pulak.
Susun biskut (celup nescafe) dan tuang cream hingga habis.
Taburkan serbuk koko.
Simpan dalam peti ais sampai keras sikit.
Sedia untuk dimakan. ;)