Thursday, May 28, 2009

Sambal Terung

Sejak duk Jepang ni pertama kali beli terung, hihi.. padahal ada je terung kat supa tu. Memang paling feveret terung masak sambal atau terung bakar. Tapi kali ni terung sambal ni paling hebat kot rasa dia.. hahaha.. perasan sendiri. Kali ni buat letak udang kering kisar sekali ngan bawang, sepinggan sekali makan jer. huhu..
Lawan dengan gulai lemak ikan campur nenas. Jgn tak caya tau first time buat gulai letak nenas. hehe.. tengok org masak letak nenas kat gulai tu yg nak cuba gak tu. Tp takde la rasa masam nenas sebab pakai nenas tin yg manis tu. Bila makan ada la rasa nenas tu. Baki nenas tin tu terus buat air nenas. Sodap gitu.