Wednesday, May 27, 2009

Mandi


Ini ada sedikit artikel berkenaan mandi, rasanya info nih bagus jugak untuk dikongsi sama2.

Mandi

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:

Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit : Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah.
Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Budak 2 org tu sekarang tiap2 hari berendam, habislah bil air ngan gas mencanak2 naik bulan depan. huhu.. sabor je la.. Tp macam Batrisya tu lepas balik sekolah mmg soh mandi risau jugak penyakit berjangkit nih. Alhamdulillah dah panas sekarang, habis semua tilam bantal kapet dapat jemur kat luar. Kain baju pun dah takde la nak sidai dlm rumah. Nak berjalan pun lega jugak siang dah panjang. hehe..

2 comments:

reen said...

betul tu...time skg kalau mandi..syok jer. bukan bebudak jer suka berendam, org besar pun...hahaha!!! camne H1N1 kat sn? ada case lg?kat spain nie cam org dah lali jer..sonyap trus

Asmara said...

Alhamdulillah kat Yonezawa ni takde case lagi. tp kat beberapa tmpt lain mmg ada. Jepun nih amik jugak langkah berjaga2. Risau jugak kalau berjangkit ke sini. huhu..