Lawatan diteruskan di sekitar Kyoto. Keluar jam 8:30 pagi beli tiket densha one day trip, tp tak semua train boleh naik sebab byk sgt comp. nye.
Toji Temple, kitaorg tak masuk amik gambar dari luar je.
Tunggu gambar yang cantik2 dari camera kawan2 lain. Kitaorg pakai cameraphone jer.. huhu..cian
Dah amik gambar semua kitaorang bergerak jalan kaki (jauh tu ada 10km kot) ke Nijo Castle. Yang ini baru castle betul. Tiket masuk 600yen seorang.
Nijo Castle ni tempat tinggal Shogun (Jeneral). Shogun ni orang kedua selepas Maharaja. Diorang mmg jaga giler2 semua peninggalan pemerintah lama. Dalam istana tu tak boleh amik gambar, lukisan kat dalam istana tu tak ternilai harganya dan tak boleh dijual beli. Tiap taun Unesco akan dtg cek untuk kekal sebagai peninggalan sejarah.
Ini mungkin rumah pekerja.
Kawasannya sangat besar, penat naik turun tangga, diaorang mesti ada taman. Kalau korang penah tengok citer Jepun dulu2 macam tu la rupanya. Tv sini tiap petang ada cerita pasal Shogun ni, hubby le suka sangat tengok. Tapi kalau kaji sejarah Jepun mmg best la.
Seterusnya kitaorang pergi ke Manga Muzium. Peminat2 katun mesti tak nak lepaskan peluang melawat. Batrisya tengah cop beg, kene beli dulu beg 300 yen baru boleh cop ikut design sendiri.
Beg yang dah siap, Haziq buat main. Nak masuk dalam bayar jugak 400yen sorang.
Kyoto International Manga Museum.
Dah penat jenjalan, kita makan dulu. Susahnya nak carik kedai makan. Kul 4 baru makan nasik berlauk kalau tak makan onigiri aje beli kat 7e.
Dah kul 6 lebih baru sampai Kyoto Muzium, tutup kul 7:30, rasa tak berbaloi plak beli tiket tapi jalan kejap. Last2 tak masuk pun. Amik gambar kat luar aje.
Jalan2 sekitar bandar Kyoto nampak kedai ni mcm cantik plak.
Jalan2 kat sini teringat cerita Jepun Memoir of Geisha. Tapi Jepun sekarang dah moden, tak jumpa la org pakai Kimono.
Deretan kedai ni mmg ada sejak beratus taun dahulu. sekarang dah upgrade dah tp senibina ada yg tak berubah.
Muka dah letih sangat2, kul 9 lebih baru balik tido.
No comments:
Post a Comment