Saturday, April 11, 2009

LEMPAS??

Korang tau apa makna lempas? yang pasti ia bukan sejenis makanan, minuman atau apa2 la. Perkataan ni dicipta oleh Batrisya. Biasanya perkataan ini akan timbul pada waktu malam atau ketika nak tidur. Dialog selalunya begini;

Batrisya : Papa janganlah 'lempas' caca.
Papa : Tak adalah papa tak 'lempas' pun. Caca kan takut tido sorang.
Batrisya : Oklah, lepas ni papa 'lempas' adik pulak eh!
Papa : Tak payah, mama dah 'lempas' adik dah!


Begitulah tiap malam, kalau tak dilempas susah betul nak tidonya. Ntah datang mana la perkataan tu. Mula2 confuse jugak dari mana la budak ni dpt perkataan nih. Tapi yang pasti dia mmg suka kene 'lempas'. hahahaha....

Note: Lempas bermaksud 'peluk dengan kuat'. Agaknya dari perkataan lemas ke jadik perkataan tu. hihi..